Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mahu memastikan manfaat AI dapat dinikmati secara meluas dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu. (Gambar Magnific)CYBERJAYA: Program "AI Untuk Rakyat" akan dilancarkan pada 31 Ogos ini bagi memperluaskan akses kepada teknologi itu dan meningkatkan literasi digital golongan muda.Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata program membabitkan penawaran akses dan langganan perisian AI percuma itu dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 100,000 belia berusia 18 hingga 30 tahun yang melengkapkan kursus di bawah program berkenaan."Belia yang melengkapkan kursus AI berkaitan akan melanggan secara percuma untuk tempoh tiga bulan dengan aplikasi AI terkemuka."Kementerian Digital akan menyediakan modul kursus dan kita berikan pengisian AI secara percuma dengan syarat mereka mengikuti kursus yang ditetapkan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran AI Malaysia.Beliau berharap modul kursus itu dapat disiapkan dalam satu hingga dua minggu yang merangkumi topik seperti keselamatan AI, Generative AI, pengkomputeran awan serta kandungan berkaitan Malaysia Madani.Jelasnya, kerajaan mahu memastikan manfaat AI dapat dinikmati secara meluas dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu."Saya tidak mahu program ini menyebabkan kesenjangan terus berlaku. Saya tidak mahu ramai rakyat merasa terpinggir dan tidak tahu-menahu.
Sebab itu penggunaan AI dan kempen penerangan AI untuk rakyat mesti ditingkatkan sebagai satu keutamaan."Tegasnya, Kementerian Digital dipertanggungjawabkan sebagai pemangkin utama bagi memperluaskan penggunaan AI di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebagai sebahagian usaha merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara AI.Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata pengumuman akan dibuat selepas modul "AI Untuk Rakyat" yang dalam proses perbincangan dimuktamadkan.
Summary from source