RCI ditubuhkan pada 2021 untuk menyiasat isu berkaitan pengurusan, operasi dan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang laporannya siap setahun kemudian sebelum didedahkan kepada umum malam tadi.PETALING JAYA: Amalan kewangan didedahkan di Lembaga Tabung Haji (TH) menyerupai skim Ponzi besar-besaran dan keji, kata bekas presiden jawatankuasa penasihat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia Khalid Ahmad.Khalid berkata perkara itu amat membimbangkan kerana TH bukan institusi pelaburan biasa, sebaliknya memikul 'amanah' menguruskan simpanan jutaan umat Islam yang ingin menunaikan haji.“Ia keji kerana wujud niat untuk memperdaya atau dalam erti kata lain menipu. Keadaan itu digambarkan seolah-olah institusi berkenaan memperoleh keuntungan.“Skandal ini mempunyai implikasi lebih besar kerana melibatkan sebuah institusi Islam dan amanah umat Islam.Khalid Ahmad, former chairman of TV3 and NSTP "Kesannya bukan sahaja kepada institusi itu, malah turut menjejaskan pemikiran orang Melayu, umat Islam dan masyarakat dunia,” katanya kepada FMT.“Ini sesuatu yang telah kita hilang, bukan sahaja pedoman moral, malah pedoman iman dan Islam.”Khalid berkata pengarah TH perlu memahami maksud amanah kerana pengkhianatan terhadap kepercayaan dalam menguruskan simpanan umat Islam boleh membawa kesan lebih luas terhadap institusi Islam.“Apabila amanah tidak dilaksanakan, ia memerlukan hukuman paling berat.”Menurutnya, lembaga pengarah tidak boleh melepaskan diri daripada keputusan kewangan yang dibuat pihak pengurusan kerana mereka bertanggungjawab menuntut pendedahan sewajarnya serta mempersoalkan pengurusan dan juruaudit apabila angka yang dikemukakan tidak munasabah.Khalid berkata kerugian sepatutnya dapat dikesan apabila nilai pelaburan merosot, terutama jika aset seperti ladang dibeli pada harga jauh lebih tinggi berbanding tanah berhampiran.Katanya, lembaga pengarah juga sepatutnya bertindak apabila juruaudit mahu menurunkan nilai aset kepada nilai sebenar yang lebih munasabah.Beliau turut mempersoalkan sumbangan TH terhadap pembangunan ekonomi Bumiputera walaupun institusi itu menguruskan deposit hampir RM100 bilion.“Di manakah syarikat Melayu yang besar? Apakah gunanya mempunyai hampir RM100 bilion jika wang itu sekadar dilaburkan dalam syarikat lain?“Kita tidak sepatutnya hanya menumpukan jumlah wang, tetapi juga bilangan pemikir hebat dan organisasi yang b…
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau telah berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengenai sidang khas berkenaan.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini.Anwar berkata, beliau telah berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengenai sidang khas berkenaan yang bermula 10 pagi.“11 Ogos, sesi khas Parlimen. Saya dah bincang, speaker pun dah setuju, (bermula) 10 pagi hingga petang,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank.RCI itu ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat aspek pengurusan, operasi dan urusan berkaitan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, susulan kebimbangan terhadap tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi tersebut.Laporan RCI tersebut dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri semalam.Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkata institusi kewangan mesti menegakkan integriti dan tadbir urus yang baik bagi mengekalkan kepercayaan rakyat serta memastikan kelangsungan kejayaan untuk jangka panjang.Beliau berkata laporan RCI mengenai TH menjadi peringatan tentang pentingnya integriti dalam pengurusan institusi kewangan.“TH hampir tersungkur kerana kecuaian dalam mengurus institusi, termasuk aspek kewangannya, akibat kegelojohan, tamak haloba dan nafsu serakah yang merosakkan amanah."Alhamdulillah, perkara itu dapat dikesan lebih awal dan dipulihkan,” katanya.Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa TH akan terus muncul sebagai institusi yang cemerlang susulan usaha pemulihan yang telah dilaksanakan.
Summary from source