Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam mengesahkan tangkapan 12 pegawai dan anggota polis yang didakwa memeras ugut USD140,000 daripada mangsa walaupun mulanya menuntut RM2 juta. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat diberkas susulan disyaki memeras ugut seorang lelaki China sebanyak RM2 juta.Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu, sambil menyatakan tangkapan turut merangkumi pegawai berpangkat deputi superintendan dan asisten superintendan, lapor Harian Metro.Punca warga China itu ditahan polis berkenaan masih tidak jelas, namun dia dilapor dibebaskan selepas membayar USD140,000, atau kira-kira RM560,000, walaupun pada mulanya mereka menuntut bayaran RM2 juta.Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.Polis berjaya merampas semula sebahagian wang tunai yang dibayar kepada anggota polis berkenaan susulan penahanan mereka.
Summary from source