JIPS Bukit Aman buka kertas siasatan tatatertib terhadap anggota dan pegawai polis disyaki melakukan pemerasan, selari dengan siasatan yang sedang dijalankan JSJ.KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap 12 anggota dan pegawai yang disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki warga Vanuatu membabitkan nilai RM2 juta.Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Aida Abdul Hamid, berkata tindakan itu dibuat selari dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).Siasatan JIPS akan memberi tumpuan terhadap aspek integriti bagi mengenal pasti jika ada pelanggaran tatakelakuan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) dalam kalangan anggota terbabit, berdasarkan hasil siasatan JSJ."JIPS akan turut meneliti elemen kelemahan dari segi penyeliaan dan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa, pelanggaran etika atau salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis," katanya.Aida juga berkata keputusan untuk tindakan tahan kerja akan dipertimbang berdasarkan perkembangan siasatan kes pihak JSJ dan JIPS selaras dengan peruntukan peraturan yang sedang berkuat kuasa.Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, Sazalee Adam, mengesahkan penahanan 12 anggota polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta.
Summary from source