HomeWorld

2,000 tin gas metana tingkat risiko operasi padam kebakaran Pasar Borong Selangor

World 1 source 1 country just now

Kejadian malam tadi itu mengakibatkan sebuah premis menjual barangan logam di Pasar Borong Selangor musnah.SUBANG JAYA: Kira-kira 2,000 tin mengandungi gas metana di dalam premis terbakar meningkatkan risiko kepada anggota bomba ketika memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, malam tadi.Kejadian itu memusnahkan sebuah premis menjual barangan logam dan bomba berjaya mengawal kebakaran sebelum merebak ke bangunan utama pasar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan ada kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan.“Pada peringkat awal memang berlaku beberapa siri letupan, namun kita berjaya mengawalnya,” katanya pada sidang media di lokasi.Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.04 malam dan kebakaran dikawal pada 1.20 pagi dengan tiada mangsa dilaporkan setakat ini.Operasi itu membabitkan 68 anggota JBPM dari 15 balai bomba di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan bantuan 11 pasukan bomba sukarela serta polis.Ashrul berkata operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta.Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →