HomeWorld

2 pelajar perempuan ditemukan mati di kawasan flat di Ipoh

World 1 source 1 country 38m ago

Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh. (Gambar Bernama)IPOH: Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari di sini, petang semalam.Ketua Polis Perak, Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada waktu petang dan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemui tidak sedarkan diri di lokasi kejadian serta disahkan meninggal dunia."Setakat ini siasatan tidak menemukan sebarang keterangan menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh," katanya dalam kenyataan malam tadi.Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Alwi berkata polis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa selain menasihatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih hingga mengganggu siasatan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →