Terdahulu hari ini, AirBorneo Airways memaklumkan kepada penumpang melalui Facebook bahawa beberapa penerbangan terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin buruk. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibatalkan hari ini kerana keadaan jerebu yang semakin buruk menjejaskan jarak penglihatan di beberapa kawasan di Sarawak, walaupun operasi lapangan terbang secara keseluruhannya tidak terjejas.Pengurus Kanan KIA, Jun Iskandar Murshidi berkata perkhidmatan yang terjejas ialah penerbangan Kuching-Mukah dan Kuching-Tanjung Manis yang dikendalikan oleh AirBorneo Airways.Penerbangan Kuching-Mukah mempunyai 24 penumpang, manakala lima penumpang telah membuat tempahan bagi penerbangan ke Tanjung Manis.“Setakat 4.25 petang, dua penerbangan dibatalkan,” katanya yang dipetik The Borneo Post.Jun berkata jarak penglihatan di Landasan 07 dan Landasan 25 berada pada paras 2,000m, jauh melebihi keperluan minimum jarak penglihatan KIA iaitu 800m.Terdahulu hari ini, AirBorneo Airways memaklumkan kepada penumpang melalui Facebook bahawa beberapa penerbangan terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin buruk.“Beberapa penerbangan terjejas disebabkan keadaan jerebu yang semakin buruk. Sila rujuk maklumat penerbangan untuk mendapatkan perkembangan terkini,” katanya.
Summary from source