HomeWorld

Death toll from fire that destroyed 200 floating homes in Sabah now at 3

World 1 source 1 country 46m ago

Kebakaran awal pagi tadi memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama di Kota Kinabalu. (Gambar JBPM)PETALING JAYA: Seorang lagi mangsa ditemui rentung dalam kebakaran kira-kira 200 rumah atas air di Numbak, Kota Kinabalu, menjadikan keseluruhan tiga kanak-kanak maut.Mangsa ketiga ditemui 7.46 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi dua lagi mangsa yang ditemui rentung pada 6.40 dan 7.20 pagi ketika operasi pemadaman dijalankan.Tiga mangsa terdiri daripada dua beradik dan sepupu mereka yang dikenal pasti sebagai Hasrul Abd, 4; Ana Abd, 6; dan Norfadilah Mohd Thajia, 8.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Hannis Moktar, mengesahkan mangsa ketiga itu ditemui ketika operasi mencari dan kerja 'overhaul' di kawasan kebakaran."Mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari lokasi dua mangsa terdahulu," katanya menurut Harian Metro.Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air dalam kawasan seluas kira-kira 79m x 116m di Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.Kebakaran berjaya dikawal 6.26 pagi tadi, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kebakaran pada awal pagi tadi membabitkan rumah atas air di tiga kampung, iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

(Gambar Facebook)PETALING JAYA: Dua rentung, manakala seorang lagi hilang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di Numbak, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu mereka.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Hannis Moktar, berkata dua mangsa ditemui pasukan bomba ketika memadam kebakaran, manakala operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan.Menurutnya, kebakaran itu membabitkan rumah atas air tiga kampung, iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama."Anggaran awal mendapati kira-kira 200 rumah terjejas dalam kawasan seluas kira-kira 79m x 116m," katanya menurut Berita Harian."Operasi pemadaman, pencarian mangsa dan kerja lain masih diteruskan," katanya sambil menambah identiti dan status tiga mangsa dalam proses pengesahan.Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima 1.40 pagi tadi dan operasi itu membabitkan 44 anggota dari BBP Kota Kinabalu, Lintas, Penampang serta Tuaran, dengan bantuan polis dan Sabah Electricity."Kebakaran berjaya dikawal pada 6.26 pagi tadi daripada terus merebak ke kawasan berhampiran."Katanya, jumlah sebenar rumah musnah masih dalam proses pengesahan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →