HomeWorld

3,000 applicants still on DBKL’s PPR waiting list

World 1 source 1 country 10m ago

Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh menyerahkan surat tawaran PPR kepada 29 penerima ketika lawatan di PPR Seri Pantai di Pantai Dalam. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 pemohon masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.Beliau berkata senarai menunggu PPR di ibu negara itu masih panjang, dengan keutamaan diberikan berdasarkan turutan permohonan kepada golongan B40 yang memenuhi kriteria ditetapkan DBKL.“Pengisian PPR ketika ini turut melibatkan anggota polis dan bomba kerana kami mahu pihak berkuasa berada dalam komuniti untuk membantu manakala beberapa unit turut dikhaskan sebagai rizab untuk mangsa kebakaran atau keluarga yang berdepan kematian ahli keluarga,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke PPR Seri Pantai di Pantai Dalam.Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud.Pada majlis itu, Hannah menyerahkan surat tawaran PPR kepada 29 penerima bagi mengisi unit kosong yang tersedia, selain turut menyerahkan surat tawaran pengisian premis pusat penjaja kepada 40 peniaga tempatan membabitkan lapan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.Beliau turut mengumumkan bahawa kerja penyelenggaraan dan naik taraf PPR Seri Pantai bernilai RM2,587,100 telah siap dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pakej RM300 juta bagi menaik taraf semua Perumahan Awam (PA) dan PPR di Kuala Lumpur.Hannah berkara jumlah itu melibatkan menaik taraf kemudahan lif, penurapan jalan, sistem pencahayaan, sistem pam air, naik taraf taman permainan kanak-kanak dan sistem pencegahan kebakaran.“Sekarang kami telah selesai menaik taraf dan berharap semua penduduk menjaga fasiliti ini dengan baik kerana wang yang digunakan ialah wang rakyat,” katanya.PPR Seri Pantai yang mula beroperasi pada 1998 dan mempunyai 936 unit kediaman adalah antara 25 daripada keseluruhan 64 PA dan PPR yang telah selesai dinaik taraf manakala bakinya disasarkan selesai dinaik taraf menjelang hujung tahun ini. Federal territories minister Hannah Yeoh handing offer letters to residents during a visit to PPR Seri Pantai in Pantai Dalam, Kuala Lumpur, today.

(Bernama pic)KUALA LUMPUR: About 3,000 applicants remain on the waiting list for units under the People's Housing Programme (PPR) managed by Kuala Lumpur City Hall (DBKL), says federal territories minister Hannah Yeoh.She said the waiting list for PPR units in the capital remained lengthy, with priority given to B40 applicants who met DBKL’s criteria.“Current PPR allocations also involve police and fire department personnel as we want enforcement authorities to be present within the community to provide assistance. Several units have also been reserved for fire victims or families who have lost family members,” she told reporters after a working visit to PPR Seri Pantai in Pantai Dalam, here.Also present was Kuala Lumpur mayor Fadlun Mak Ujud.Yeoh handed over PPR offer letters to 29 recipients for vacant units during the event, as well as offer letters for the occupation of hawker centre premises to 40 local traders from eight parliamentary constituencies in Kuala Lumpur.She also announced that maintenance and upgrading works at PPR Seri Pantai, costing almost RM2.6 million had been completed under a RM300 million allocation to upgrade all public housing and PPR units in Kuala Lumpur.Yeoh said the works included upgrades to lifts, road resurfacing, lighting systems, water pump systems, children’s playgrounds and fire prevention systems.PPR Seri Pantai, which opened in 1998 and has 936 residential units, is among 25 of 64 public housing and PPR projects that have been upgraded. The remaining projects are expected to be completed by the end of this year.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →