HomeWorld

3 Okt keputusan representasi bekas CEO, 3 akauntan GISBH

World 1 source 1 country 28m ago

Bekas CEO GISBH Nasiruddin Mohd Ali berdepan 77 pertuduhan berjumlah lebih RM10 juta. (Gambar Bernama) SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 3 Okt bagi keputusan representasi bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) serta tiga bekas akauntan syarikat itu berhubung 331 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM38.1 juta.Hakim Fatimah Zahari menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin memaklumkan pihak pendakwaan baru menerima representasi tambahan daripada pihak pembelaan dan memerlukan kira-kira sebulan untuk menelitinya.Nasiruddin Mohd Ali, 67, berdepan 77 pertuduhan membabitkan lebih RM10 juta; Hamimah Yakub, 74, dengan 95 pertuduhan membabitkan RM11.4 juta; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 46, menghadapi 68 pertuduhan melibatkan RM4.7 juta serta Khushairi Osman, 55, dengan 91 pertuduhan berjumlah hampir RM12 juta.Pada prosiding itu, peguam Muhammad Zaim Rosli mewakili Nasiruddin serta pasangan suami isteri Asmat @ Asmanira dan Khushairi, manakala peguam Kamal Hisham mewakili Hamimah.Zaim bagaimanapun tidak mendedahkan butiran representasi tambahan yang dikemukakan.Pada 10 Sept 2025, Nasiruddin dan tiga bekas akauntan syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan pengubahan wang haram.Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan bank sekitar Selangor antara 2020 hingga 2024 membabitkan transaksi kepada beberapa pihak, antaranya akaun bank GISBH Sdn Bhd, GISB Mart Sdn Bhd, GISB Travel and Tours Sdn Bhd serta syarikat pusat jagaan kanak-kanak.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →