Sekurang-kurangnya 37 mayat dikenal pasti sebagai penduduk Okrika ditemui di tempat kejadian, manakala ramai masih hilang. (Gambar Envato Elements)ABUJA: Kira-kira 40 orang maut pada awal Khamis selepas terhidu gas kimia beracun yang disyaki berpunca daripada produk petroleum di Rivers State, wilayah kaya minyak di Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.Jurucakap polis Rivers State, Blessing Agabe, memberitahu Xinhua menerusi telefon, kejadian berlaku berhampiran tapak pemprosesan minyak mentah di kawasan kerajaan tempatan Okrika, apabila mangsa dipercayai terdedah kepada gas berbahaya berkepekatan tinggi.Menurutnya, sebahagian mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, manakala polis bersama pihak kesihatan dan kecemasan tempatan sedang menyiasat kejadian itu.Akhbar Nigeria, The Nation Newspaper memetik sumber komuniti sebagai berkata, kira-kira 200 anak muda tiba dengan bot buatan tempatan pada awal Khamis untuk mengambil produk petroleum dari sebuah kapal berlabuh di Jeti Okari di tepi sungai, yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengambilan minyak haram.Ketika produk petroleum itu sedang dipindahkan, gas berbau menyengat daripada bahan berkenaan memenuhi udara sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas.Sekurang-kurangnya 37 mayat dikenal pasti sebagai penduduk Okrika ditemui di tempat kejadian, manakala ramai masih hilang, lapor akhbar itu yang memetik sumber tempatan.
Summary from source