HomeWorld

2 assemblymen confirm receipt of letter cancelling N Sembilan exco appointment

World 1 source 1 country 19m ago

Suhaimizan Bizar dan Mohd Fairuz Mohd Isa antara 10 Adun mengangkat sumpah jawatan exco bulan lalu.SEREMBAN: Adun Gemencheh Suhaimizan Bizar dan Adun Serting Mohd Fairuz Mohd Isa antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang mengesahkan menerima surat pemakluman mengenai pembatalan lantikan jawatan exco.Suhaimizan yang juga pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkata beliau menerima pemakluman berkenaan semalam."Ya, saya terima surat semalam, tapi saya tidak boleh ulas lanjut buat masa ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Turut memberi respons sama Fairuz selaku pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali malam tadi, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.Kenyataan itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapati semua exco terbabit memungkiri sumpah jawatan mereka.Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang Dipertuan Besar.Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan. Lima Adun antara dilapor dipanggil Jumaat lalu menghadap di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.PETALING JAYA: Empat Adun daripada Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada komponen Perikatan Nasional (PN), Wawasan, dilapor dikaitkan dengan spekulasi mengisi jawatan exco baharu Negeri Sembilan.Ia menyusuli keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 exco semalam.Kosmo memetik empat Adun BN iaitu Saiful Yazan Sulaiman (Johol), Sufian Maradzi (Seri Menanti), dan Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang) daripada Umno, serta Koh Kim Swee (Repah) daripada MCA.Wakil Wawasan terkait dengan spekulasi tersebut ialah Adun Gemas dua penggal, Ridzuan Ahmad.Laporan yang memetik sumber itu, turut menyebut barisan Adun itu sudah dipanggil menghadap di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Jumaat lalu.Semalam, pihak istana Negeri Sembilan menyatakan bahawa Tuanku Muhriz memutuskan untuk memecat 10 exco kerana melanggar sumpah jawatan dan ikrar taat setia di hadapan Yang Dipertuan Besar pada 7 Ogos.Daripada jumlah itu, tujuh daripada Umno, manakala masing-masing seorang MCA, Wawasan, dan PAS.Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, menteri besar dan exco memegang jawatan atas perkenan raja.Minggu lalu, exco berkenaan mengeluarkan kenyataan bersama yang didakwa mengesahkan pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar. Menteri Besar Ismail Lasim menyokong kenyataan tersebut sehari kemudian.Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menolak kenyataan berkenaan sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah, serta menegaskan Tuanku Muhriz kekal pemerintah negeri.Jabatan Peguam Negara (AGC) turut menyatakan kenyataan tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang kerana menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan kedudukan pemerintah negeri.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →