HomeWorld

6 lelaki mengaku tak salah culik ahli perniagaan, tuntut tebusan RM7 juta

World 1 source 1 country 34m ago

Enam lelaki didakwa bersama tujuh individu masih bebas di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan dengan niat meminta tebusan RM8 juta di sebuah restoran nasi kandar di Dataran Sunway pada 16 Julai lalu. PETALING JAYA: Enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan dua minggu lalu. Sinar Harian melaporkan A Ravichandran, R Elan, M Jeyaraj, J Mosesdevritto, Ziyauddin dan Muhammad Afiq Safine membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Syahliza Warnoh.

Mereka didakwa bersama tujuh individu masih bebas menculik seorang lelaki 44 tahun, dengan niat meminta tebusan RM8 juta di sebuah restoran nasi kandar di Dataran Sunway pada 5.15 petang 16 Julai lalu. Semuanya didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 sehingga 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sebelum ini, media melaporkan polis menyelamatkan seorang lelaki dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan RM7 juta di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Mangsa diselamatkan menerusi operasi khas di sebuah kediaman di Shah Alam pada 1 pagi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →