Muhyiddin Yassin berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, inisiatif kerajaan diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 bagi membantu kontraktor Bumiputera. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini menyoal seorang saksi Bersatu mengenai peranan presiden parti itu dalam jawatankuasa pengurusan yang memantau urusan sumbangan.Pegawai kanan kewangan Bersatu Zulhelmi Zaulkafly, 34, berkata cek sumbangan akan dibentangkan kepada jawatankuasa pengurusan yang turut dianggotai bendahari agung ketika itu, Salleh Bajuri, dan dipengerusikan timbalan presiden ketika itu, Ahmad Faizal Azumu.Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat mengenai akaun bank yang digunakan untuk menyimpan sumbangan, Zulhelmi berkata wang itu dimasukkan ke dalam akaun CIMB milik Bersatu.Menurutnya, setiap transaksi daripada akaun itu memerlukan dua penandatangan.Tandatangan bendahari agung adalah wajib, manakala tandatangan kedua perlu diberikan sama ada oleh presiden atau timbalan presiden parti.Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, kemudian meminta Zulhelmi menjelaskan fungsi jawatankuasa pengurusan itu.Zulhelmi berkata jawatankuasa berkenaan menguruskan hal pentadbiran membabitkan bahagian dan cawangan parti, selain urusan kewangan.Wan Shaharuddin kemudian bertanya mengenai peranan Muhyiddin dalam jawatankuasa itu.Zulhelmi terdiam beberapa ketika dan dilihat sukar memberikan jawapan.Wan Shaharuddin: Sebagai presiden, apakah peranan Muhyiddin dalam jawatankuasa pengurusan? Adakah beliau sekadar mengesahkan keputusan?Zulhelmi: Tunggu, saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya.Wan Shaharuddin: Soalan saya mudah.
Apakah peranan Muhyiddin dalam jawatankuasa pengurusan ini?Zulhelmi: Beliau menyelia.Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Chetan Jethwani, Zulhelmi bersetuju bahawa tiada seorang pun mempunyai kuasa mutlak dalam mengawal urusan kewangan Bersatu.Chetan: Jadi, kawalan kewangan Bersatu dikongsi antara beberapa individu, iaitu bendahari agung, presiden dan timbalan presiden?Zulhelmi: Betul.Chetan: Dan tiada seorang pun mempunyai kuasa mutlak terhadap urusan kewangan parti?Zulhelmi: Tiada.Muhyiddin, 79, berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, inisiatif kerajaan yang diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 untuk membantu kontrak…
Summary from source