HomeWorld

Aishah rejects issue of outside candidates, determined to be a 'giant killer' in Gemas

World 1 source 1 country 51m ago

Calon Pakatan Harapan bagi DUN Gemas Siti Aishah Seman @ Othman akui cabarannya besar susulan kerjasama BN-PN namun melihat ketiadaan calon BN di kerusi itu memberi ruang untuk PH memperoleh kemenangan.TAMPIN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Gemas Siti Aishah Seman @ Othman melihat isu anak tempatan tidak sepatutnya menjadi pertikaian kerana beliau sudah menetap di kawasan itu hampir tiga dekad.Menurutnya, ia bukan perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam usahanya untuk menumbangkan penyandangnya, Ridzuan Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan, Sabtu ini.Katanya, ia juga tidak akan menjejaskan tumpuannya berkempen bersama gerak kerja yang tersusun dan sokongan jentera parti."Saya memang bukan dilahirkan di Gemas, tetapi sudah menetap di sini selama 29 tahun sejak 1998."Jadi saya tidak melihat perkara itu sebagai satu isu kerana sebelum ini juga ada wakil rakyat yang bukan berasal dari Gemas," katanya.Aishah, yang pertama kali diberi kepercayaan bertanding, bertekad mencipta kejutan dengan menjadi 'giant killer' sekiranya berjaya menumbangkan calon PN itu.Bagaimanapun, beliau akui cabarannya besar susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PN namun melihat ketiadaan calon BN di kerusi itu memberi ruang untuk PH memperoleh kemenangan."Saya bersama PKR sejak 2018 dan bersyukur kerana diberi peluang bertanding di Gemas."Kawasan ini pernah menjadi kubu kuat BN sebelum dimenangi PN."Dengan semangat, kekuatan jentera dan kerja keras sepanjang kempen, saya yakin kami mempunyai peluang untuk mempertahankan kerusi ini," katanya.Selain itu, Aisyah berkata jika diberi mandat, keutamaannya adalah menjadi suara kepada rakyat Gemas dengan memberi perhatian kepada pembangunan, pertumbuhan ekonomi serta keperluan penduduk setempat."Jika diberi kepercayaan, saya mahu membawa aspirasi rakyat Gemas dan memastikan pembangunan serta kebajikan mereka terus diberi perhatian," katanya.Kerusi Gemas menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Aishah, Ridzuan (PN) dan Azman Abdullah (Bersatu).Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Ridzuan memenangi DUN Gemas dengan majoriti 3,120 undi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →