HomeWorld

Akta Perkeso halang saman sivil berhubung kematian pekerja

World 1 source 1 country 5m ago

Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan Seksyen 31 Akta Keselamatan Sosial Pekerja menghalang pekerja yang dilindungi Perkeso atau tanggungannya daripada menyaman majikan atas kecederaan berkaitan pekerjaan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Melaka menolak saman sivil difailkan ibu bapa seorang pekerja kilang berusia 22 tahun yang maut dalam kemalangan industri selepas memutuskan mereka tidak boleh menyaman majikan anaknya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.Pesuruhjaya Kehakiman K Raja Segaran berkata Seksyen 31 akta itu menghalang sepenuhnya pekerja yang dilindungi Perkeso atau tanggungannya daripada membuat tuntutan sivil terhadap majikan bagi kecederaan berkaitan pekerjaan.Beliau menolak saman Shahid Said dan Siti Norbaya Mohamed terhadap Xinyi Energy Smart Sdn Bhd berhubung kematian anak mereka, Umar Shahid, dalam kemalangan di kilang pada 9 Feb 2022.Pasangan itu menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan teladan di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956 dengan mendakwa syarikat berkenaan gagal menyediakan sistem kerja yang selamat.Bagaimanapun, syarikat itu berhujah Umar ialah pekerja yang dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), menyebabkan tuntutan itu terhalang oleh Seksyen 31.Raja Segaran berkata Parlimen mewujudkan skim Perkeso bagi memastikan pekerja menerima faedah sekiranya mengalami kecederaan ketika bekerja tanpa perlu membuktikan kecuaian majikan.Sebagai balasan, pekerja atau tanggungannya tidak boleh mengemukakan saman sivil terhadap majikan bagi kecederaan sama.“Peluang yang tidak menentu untuk mendapat ganti rugi melalui saman kecuaian digantikan dengan jaminan menerima faedah tanpa perlu membuktikan kesalahan,” katanya.Beliau berkata faedah Perkeso bukan sumbangan ihsan atau “hadiah saguhati”, sebaliknya diperoleh melalui caruman yang dibuat majikan dan pekerja di bawah skim insurans sosial itu.Menurutnya, fakta utama kes itu tidak dipertikaikan, termasuk Umar ialah pekerja yang dilindungi, caruman dibuat bagi pihaknya dan kematiannya berpunca daripada kemalangan ketika bekerja.Bagaimanapun, beliau berkata pengakuan terhadap fakta itu tidak bermakna syarikat mengakui berlaku kecuaian.Raja Segaran turut menolak hujah ibu bapa Umar bahawa pemansuhan Seksyen 42 akta itu pada 1997 telah melemahkan larangan terhadap saman sivil.Beliau berkata peruntukan dalam Seksyen 31 masih kekal dan terus menghalang tuntutan se…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →