HomeWorld

Alasan tangguh dedah RCI TH ‘elak panik’ beri implikasi buruk ketelusan, kata Shahril

World 1 source 1 country 13m ago

Khairy Jamaluddin berkata penubuhan RCI Tabung Haji adalah keputusan Kabinet bawah pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya inisiatif baharu kerajaan semasa.PETALING JAYA: Alasan kerajaan perpaduan menangguhkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Tabung Haji bagi 'mengelakkan panik' berisiko memberi implikasi buruk terhadap ketelusan institusi awam pada masa hadapan, kata Shahril Hamdan.Bekas ketua penerangan Umno berkata, hujah sedemikian mewujudkan preseden berbahaya di mana orang ramai akan sentiasa munasabah untuk mengesyaki wujudnya perkara ingin disembunyikan setiap kali pendedahan dapatan suruhanjaya siasatan dilambat-lambatkan."Sebab kalau benar sekalipun (alasan perdana menteri), bila dah sebut macam tu, pada masa depan mana-mana institusi yang ada RCI kalau lambat dedahkan, orang akan kata mesti ada sesuatu."Jadi, ia sebenarnya memberi implikasi buruk kalau alasan itu ikhlas pun," katanya dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap.Shahril turut mempersoalkan masa pembentangan laporan itu yang disifatkan begitu 'selesa' dari sudut politik, memandangkan siasatan RCI berkenaan selesai dua tahun lalu.Sementara itu, pengacara bersama, Khairy Jamaluddin berkata penubuhan RCI tersebut adalah keputusan Kabinet bawah pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, bukannya inisiatif baharu kerajaan semasa.Katanya, skop siasatan RCI dipengerusikan bekas ketua hakim negara merangkumi tempoh pengurusan dari 2014 hingga 2020, termasuk keputusan penting pasca 2018 yang melibatkan pemindahan aset tidak menjadi ke dalam syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).“RCI ini ditubuhkan semasa zaman kami kerana kami tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.“Malah, bekas pengerusi Tabung Haji, Azeez Rahim, sendiri meminta di Parlimen dan secara terbuka supaya laporan ini dibentangkan kerana beliau yakin tidak melakukan sebarang penyelewengan," katanya.Khairy berkata, spekulasi yang mendakwa pendedahan laporan itu dijadikan tekanan politik terhadap Umno adalah tidak wajar memandangkan kepimpinan parti itu sendiri menyokong tindakan undang-undang jika terbukti wujud salah guna kuasa.Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata Jemaah Menteri dijangka membuat keputusan mengenai laporan RCI tersebut pada mesyuarat Rabu ini sebelum memutuskan sama ada ia akan didedahkan kepada umum.Anwar ya…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →