Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata PH perlu menjelaskan kepada pengundi, khasnya orang Melayu berhubung keburukan politik wang Umno dan autokrasi PAS. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menyarankan Pakatan Harapan (PH) bertanding solo pada PRN Melaka dan PRU16 bagi memperkukuh identiti politik gabungan itu susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan PAS pada pilihan raya bulan depan.Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata pendekatan itu akan membolehkan PH menawarkan gagasan, dasar dan calon yang jelas berprinsip kepada rakyat tanpa kekeliruan akibat percaturan kerjasama dengan parti lain."Pada masa sama, pendirian ini dapat memperkukuh identiti, akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap perjuangan PH," katanya dalam kenyataan.Tegasnya, ancaman terhadap orang Melayu dan Islam bukan berpunca daripada PH atau DAP, sebaliknya amalan politik yang didakwanya diamalkan Umno serta PAS.Beliau berkata, PH perlu menyatakan dengan jelas ia menolak politik wang Umno dan autokrasi PAS, di samping menjelaskan kepada pengundi, khasnya orang Melayu berhubung keburukan dua amalan politik itu."Mereka perlu disedarkan ada politik Melayu yang merupakan pilihan ketiga untuk orang Melayu, yang dibawa oleh Melayu PH, sama ada Amanah, PKR ataupun DAP, yang memperjuangkan tatakelola baik, kecekapan, keberkesanan dan kebajikan."Tolak Umno dan PAS harus menjadi cogan kata PH untuk PRN Melaka dan PRU16."PH dan BN kini sekutu dalam kerajaan, tetapi BN bekerjasama dengan PN pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini yang memperoleh majoriti dua pertiga.Awal minggu ini, Pengerusi BN, Zahid Hamidi mengesahkan gabungan itu akan bekerjasama dengan PN pada PRN Melaka, dengan BN akan bertanding 21 kerusi, manakala PAS dan sekutu PN mereka bertanding di baki tujuh kerusi.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 31 Okt ini, disusuli pengundian awal pada 10 Nov dan hari pengundian pada 14 Nov ini. Zahid Hamidi ditemui selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di Melaka.
(Gambar Bernama)MELAKA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada PRN Melaka kepada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Zahid Hamidi, berkata keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan pihaknya akan berpegang pada persetujuan berkenaan.“Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN.“Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab, di sini, hari ini.Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.Media sebelum ini melaporkan Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik dengan PAS telah dimuktamadkan, dengan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala tujuh lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov hari pengundian PRN Melaka ke-16.
Summary from source