HomeWorld

Polis gagal siasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes Anna Jenkins, kata hakim

World 1 source 1 country 48m ago

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata peringatan Istana Negeri Sembilan agar semua pihak mengelakkan daripada menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja wajar dihormati.SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan ke-16.Beliau berkata peringatan dizahirkan Istana Negeri Sembilan agar semua pihak mengelakkan daripada menyentuh isu berkenaan wajar dihormati, malah Barisan Nasional (BN) sendiri tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai bahan kempen.“Kami berpegang bahawa institusi raja-raja mesti dipertahankan. Dalam konteks Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat juga harus dipertahankan dan kami tidak pernah menyentuh perkara itu, sebaliknya menghormati institusi berkenaan.“Saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang menyentuh perkara itu, tak perlulah berbuat demikian. Ini merupakan satu ingatan yang baik daripada pihak istana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Himpunan Usahawan Negeri Sembilan.Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang dan Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki.Terdahulu hari ini, Istana Negeri Sembilan menasihatkan parti-parti politik yang bertanding untuk tidak mengaitkan institusi diraja semasa berceramah dan berkempen pada PRN Negeri Sembilan.Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan menegaskan institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak terlibat dengan mana-mana parti atau kegiatan politik.Dalam perkembangan sama, Zahid turut menafikan dakwaan wujud pertelagahan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menjadi punca persefahaman antara kedua-dua gabungan itu tidak dapat direalisasikan.Beliau berkata tidak timbul sebarang pergaduhan atau perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak, sebaliknya hubungan berkenaan bergerak atas dasar kesefahaman.

Greg Jenkins ketika ditemui pemberita di satu lokasi berhampiran Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di Jalan Scotland, lokasi mayat ibunya ditemui enam tahun lalu. GEORGE TOWN: Anak kepada warga Australia, Anna Jenkins, membuat satu laporan polis bagi memohon siasatan baharu terhadap kehilangan dan kematian ibunya yang mungkin melibatkan penculikan, pembunuhan dan penahanan salah. Greg Jenkins berkata beliau kembali ke Pulau Pinang selepas menerima alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan terbuka dalam kes tersebut.

“Kes ini tidak pernah disiasat sebagai kes penculikan dan pembunuhan, sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan,” katanya kepada pemberita di Batu Gantong. Anna, 65, dilaporkan hilang ketika bercuti di Pulau Pinang bersama suaminya pada Disember 2017. Sebahagian mayatnya ditemukan hampir tiga tahun kemudian di sebuah kawasan terpencil berhampiran Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di Jalan Scotland.

Greg berkata kes itu masih belum ditutup, namun polis terus mengklasifikasikannya sebagai kes orang hilang, yang menurutnya menyebabkan saksi-saksi penting dan petunjuk utama tidak disiasat. Katanya, antara petunjuk termasuklah panggilan telefon terakhir Anna kepada suaminya pada kira-kira 5.22 petang, 13 Dis 2017. Dalam panggilan itu, Anna memaklumkan beliau ditahan oleh dua individu yang digambarkan sebagai warga Ukraine, yang meminta pasportnya.

Greg berkata polis tidak pernah menyiasat sama ada dua individu tersebut benar-benar wujud atau mempunyai kaitan dengan kehilangan ibunya. Katanya, beliau tidak mengetahui identiti mereka dan berharap polis menyiasat perkara itu. Peguamnya, David Peter, berkata Mahkamah Tinggi mendapati kemungkinan berlakunya penculikan dan penahanan secara salah tidak pernah disiasat, menyebabkan tiada bukti mengenai perkara tersebut dikemukakan kepada koroner atau Mahkamah Tinggi.

Dalam alasan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Rofiah Mohamad menyatakan bahawa polis hanya memberi tumpuan kepada usaha mencari Anna tanpa menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah. Beliau turut menyatakan bahawa polis langsung tidak menjalankan siasatan berhubung dua individu yang didakwa warga Ukraine itu. Rofiah menolak kemungkinan Anna meninggal dunia akibat penyakit, bunuh diri atau kemalangan, sekali gus meninggalkan dua kemungkinan iaitu pembunuhan atau keputusan terbuka.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →