Bekas menteri besar Aminuddin Harun turut gesa rakyat tolak pemimpin yang didakwanya khianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.PETALING JAYA: Bekas menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyeru rakyat negeri itu bersatu dan mempertahankan institusi diraja susulan kemelut membabitkan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Dalam hantaran di Facebook, Aminuddin turut menyeru rakyat mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz yang ditegaskannya sebagai masih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.“Saya menyeru agar seluruh rakyat Negeri Sembilan bersatu hati dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz serta mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa rakyat menolak pemimpin yang didakwanya mengkhianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.Hantaran itu dibuat ketika kemelut mengenai kedudukan Tuanku Muhriz memasuki perkembangan terbaru selepas exco kerajaan negeri hari ini menyatakan proklamasi penurunan takhta baginda adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu.Menurut kenyataan barisan exco, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Ismail Lasim semalam.Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu. Exco Negeri Sembilan bawah pimpinan Menteri Besar Ismail Lasim dianggotai 10 ahli, dengan lapan daripada Umno. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang peguam mempersoalkan kesahihan satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan, yang mengisytiharkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri itu.Rosli Dahlan mempersoalkan sama ada Menteri Besar Ismail Lasim telah memperakui kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, sambil menegaskan bahawa ia sekadar ditandatangani sebagai 'barisan ahli exco Negeri Sembilan'.“Bolehkah satu ketetapan exco dibuat tanpa perakuan menteri besar?" soalnya dalam kenyataan.“Keputusan serta ketetapan exco sepatutnya diumumkan oleh menteri besar selaku ketua exco.
Jadi, bolehkah exco mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa menteri besar?“Dan siapakah yang beri kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan itu?”Kenyataan yang dimaksudkan itu dimuat naik di media sosial oleh beberapa ahli exco Negeri Sembilan, kesemuanya daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Linggi Faizal Ramli, Adun Lenggeng Asna Amin, Adun Palong Mustapha Nagoor dan Adun Chennah Siow Kong Choon.Sementara itu, dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan exco itu, Fairuz Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat), tidak memuat naik semula kenyataan itu.Pejabat Ismail setakat ini masih belum mengesahkan kenyataan berkenaan.Menurut kenyataan itu, pihak exco bersetuju bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada April lalu adalah sah, justeru Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar merupakan pemerintah baharu.Perkembangan ini berlaku dua hari selepas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai pemerintah negeri, manakala percubaan terbaru untuk melucutkan takhtanya pada awal bulan ini adalah tidak sah.
Summary from source