Feri yang direka untuk membawa 90 penumpang dan lima anak kapal itu karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa lalu akibat angin kencang. (Gambar X)LUSAKA: Angka korban dalam kejadian feri karam di Tasik Kariba, Zimbabwe meningkat kepada 68 orang pada Sabtu, menurut polis, lapor Anadolu Ajansi."Polis Zimbabwe memaklumkan angka korban dalam kemalangan bot di Kariba kini mencecah 68 orang susulan penemuan 22 mayat pada 15 Ogos," menurut kenyataan polis.Feri yang direka untuk membawa 90 penumpang dan lima anak kapal itu karam pada Selasa lalu akibat angin kencang.Pihak berkuasa berkata, ia membawa muatan berlebihan dengan lebih 120 penumpang, termasuk 12 kanak-kanak, dengan 77 mangsa diselamatkan.
Summary from source