HomeAfrica

Anwar invites Ethiopia to open embassy in KL

Africa 1 source 1 country just now

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Ethiopia, Abiy Ahmed, pada pertemuan di luar Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, India.NEW DELHI: Malaysia menjemput Ethiopia membuka kedutaan di Kuala Lumpur dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala susulan siri lawatan peringkat tinggi.Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan itu selepas bertemu rakan sejawat, Abiy Ahmed, di sela Sidang Kemuncak BRICS ke-18.Kedua pemimpin bersetuju mengadakan rundingan bilateral pertama Malaysia-Ethiopia di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi membincangkan isu dua hala serta meneroka bidang kerjasama baharu.Anwar dan Abiy turut membincangkan langkah meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, serta beberapa industri yang sedang berkembang.Mereka turut membincangkan kerjasama produk halal, pertanian, keterjaminan makanan, dan farmaseutikal, selain meneroka peluang dalam perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu, dan pelancongan.Anwar menyambut baik hubungan yang semakin erat antara kedua negara susulan lawatan timbal balas oleh keduanya sepanjang dua tahun lalu.Abiy telah berkunjung ke Malaysia pada 2024, manakala Anwar melakukan lawatan rasmi ke Ethiopia pada 2025.Malaysia turut membuka semula kedutaannya di Addis Ababa pada September tahun lalu, selepas 43 tahun ditutup.Tahun lalu, Anwar sekali lagi mengulangi kesediaan Malaysia meluaskan perdagangan dengan Ethiopia, sambil menyatakan langkah reformasi, aspirasi logistik, serta tenaga kerja muda dan dinamik di negara Afrika itu, menjadi asas kukuh kerjasama lebih mendalam.Ethiopia merupakan rakan perdagangan ke-26 terbesar Malaysia di Afrika pada 2023, dengan nilai perdagangan dua hala mencapai RM446.8 juta.Perdagangan antara dua negara melonjak 40.1% pada 2024 untuk mencecah RM626 juta, namun jumlah berkenaan secara relatifnya sederhana.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →