HomeWorld

Anwar calls on BRICS to act against unfair global trade practices

World 1 source 1 country 26m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di New Delhi, India hari ini. (Gambar PMO)NEW DELHI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa sistem pembiayaan global yang lebih adil, sambil menegaskan bahawa tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara membayar hutang dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyatnya.“Banyak negara membangun berdepan kesukaran membayar hutang atau berisiko tinggi mengalaminya, dengan sesetengahnya membelanjakan lebih banyak untuk bayaran faedah berbanding pendidikan generasi muda atau penjagaan kesihatan rakyat.“Tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara melunaskan hutang dan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat,” katanya ketika menyampaikan Kenyataan Negara mengenai Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif pada penghujung Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18.Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata pembiayaan perlu 'sesuai dengan tujuan dan keperluan', sambil menegaskan bahawa usaha memenuhi keperluan asas dan menyediakan kemudahan awam tidak seharusnya menyebabkan sesebuah negara menanggung beban hutang yang tidak mampan.Beliau turut menekankan peranan modal komersial apabila disalurkan berdasarkan terma yang wajar dan mampan, selain menggesa kemajuan dalam inisiatif termasuk New Development Bank, mekanisme penyelesaian dalam mata wang tempatan serta potensi pasaran modal Islam.Perdana menteri menggesa negara-negara mengambil tindakan konkrit untuk menghapuskan amalan perdagangan yang tidak adil, selain berkongsi pengalaman pembangunan, kerjasama teknikal dan latihan dalam bidang baharu seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan.Mengenai peralihan hijau, beliau berkata negara-negara perlu diberi ruang untuk bergerak pada kadar dan melalui laluan yang berbeza, mengikut keadaan serta tahap pembangunan masing-masing.“Kita perlu melabur dalam teknologi seperti penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai sebahagian daripada usaha peralihan kita sendiri,” katanya.Anwar turut menyifatkan BRICS sebagai menawarkan 'kelebihan geoekonomi yang penting', dengan pasaran bersepadu yang luas berpotensi membuka peluang mempelbagaikan perdagangan dan membantu ekonomi anggota mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap pasaran Barat tradisional.“Sinergi yang diwujudkan dan dimanfaatkan secara optimum akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran b… Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-18 di New Delhi.

(Gambar PMO)NEW DELHI: BRICS perlu mengambil tindakan konkrit terhadap amalan perdagangan global yang tidak adil, selain memperkukuh kerjasama dalam kalangan negara membangun dalam bidang teknologi, pembiayaan, dan pembangunan ekonomi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.Berucap pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-18, Anwar berkata, BRICS menawarkan kelebihan ekonomi signifikan menerusi gabungan kekuatan pasaran besarnya, sekali gus membuka peluang kepada kepelbagaian perdagangan.Beliau berkata, lebih penting BRICS membuka ruang kritikal bagi kepelbagaian perdagangan, membolehkan ekonomi negara ahlimengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat.“Kita perlu bertindak bersama menerusi langkah konkrit menghapuskan amalan perdagangan tidak adil.“Kita (juga) perlu berkongsi kepakaran dan meluaskan kerjasama teknikal, termasuk latihan dalam bidang baharu seperti semikonduktor dan AI,” katanya.Beliau berkata, pembiayaan untuk negara membangun mestilah mampan serta bersesuaian dengan tujuan, sambil memberi peringatan bahawa kerajaan negara tidak sepatutnya dipaksa memilih antara melunaskan hutang atau memenuhi keperluan asas rakyat mereka.Anwar berkata, modal komersial memainkan peranan penting sekiranya diguna pakai mengikut terma yang kukuh dan mampan, sambil menekankan potensi Bank Pembangunan Baharu, mekanisme penyelesaian mata wang tempatan, serta pasaran modal Islam.Beliau turut menyeru BRICS mengiktiraf setiap negara akan mengambil pendekatan berbeza dalam transisi hijau berdasarkan keadaan semasa dan peringkat pembangunan masing-masing.Anwar turut menghubungkan kemakmuran ekonomi dengan kestabilan geopolitik, sambil menegaskan konflik seperti sedang berlaku di Asia Barat ketika ini mampu membawa kesan merentasi negara yang terlibat secara langsung.Katanya, peperangan telah melonjakkan kenaikan harga tenaga dan mengancam laluan perkapalan yang menjadi kebergantungan ekonomi, di mana negara tidak terlibat dalam konflik turut berdepan kadar inflasi lebih tinggi serta ketidaktentuan.Beliau menegaskan, negara yang mempunyai kapasiti terbesar untuk mempengaruhi keadaan memikul tanggungjawab khusus bagi mengelak pertikaian daripada terus berlanjutan.Perdana menteri berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS, di mana Malaysia mengambil bahagian seb…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →