HomeWorld

Anwar tempelak sikap terlalu ghairah rebut jawatan MB

World 1 source 1 country 57m ago

Pengerusi PH Anwar Ibrahim seru pengundi pilih Aminuddin Harun sebagai menteri besar, berdasarkan rekod beliau pada penggal lalu. (Gambar Bernama) SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, menempelak sikap pihak tertentu yang terlalu ghairah merebut jawatan menteri besar. Beliau berkata perkara utama dalam pilihan raya ialah mereka yang dipilih rakyat perlu mampu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhan.

“Di sebelah sana, berapa ramai yang berebut (jawatan menteri besar)? Belum apa-apa sudah berebut… lepas pilihan raya nanti pun berebut lagi. “Sebab itu jangan bagi mereka berebut, sebaliknya berikan mandat kepada pimpinan PH yang terbukti fokus bekerja untuk rakyat,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam sempena PRN Negeri Sembilan, di Taman Sri Penaga, Sikamat.

Hadir sama Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun, yang juga menteri besar pada penggal lalu dan calon bagi DUN Linggi, calon DUN Sikamat Nor Azman Mohamad dan calon DUN Ampangan Muhammad Nazri Kassim. Anwar berkata pengundi wajar mengekalkan Aminuddin sebagai menteri besar berikutan rekod beliau dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri, bebas daripada amalan rasuah dan penyelewengan. Dalam pada itu, Anwar menyelar naratif politik perkauman dimainkan sesetengah pihak semasa kempen pilihan raya demi meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata kerajaan perpaduan sentiasa bersikap adil dan inklusif dengan membantu seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, merangkumi penambahan peruntukan sosioekonomi, perumahan serta pelarasan gaji penjawat awam.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →