HomeMiddle East

New MB administration in N Sembilan expected to be 'turbulent'

Middle East 1 source 1 country 51m ago

Adun tujuh penggal Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai menteri besar Negeri Sembilan pada Ahad lalu, namun beberapa Adun tidak menghadiri majlis berkenaan, termasuk Ketua Umno Negeri Jalaluddin Alia. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dilantik Ismail Lasim dijangka berdepan cabaran besar untuk menerajui kerajaan negeri, dengan seorang penganalisis menjangkakan akan berlaku gerakan dalam Umno untuk menggugat kedudukan veteran politik itu.Penganalisis Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berkata kegagalan beberapa Adun Umno menghadiri majlis angkat sumpah Ismail memberi isyarat wujudnya risiko perebutan kuasa dalaman susulan pelantikan beliau yang tidak dijangka.Azmi berkata, ramai tidak melihat Ismail sebagai antara calon utama bagi jawatan menteri besar meskipun beliau mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam pentadbiran kerajaan."Nama beliau langsung tidak disebut dalam perbincangan mengenai siapa calon menteri besar Barisan Nasional dalam kerjasama dengan Perikatan Nasional."Tidak syak lagi Ismail akan berdepan tempoh yang bergelora sebagai menteri besar. Saya yakin perebutan kuasa dalaman akan berterusan selepas ini," katanya kepada FMT.Naib Presiden Bersekutu Asia Group, Asrul Sani, berkata Ismail mungkin belum berdepan ketidakstabilan dalam masa terdekat, namun beliau memulakan pentadbirannya dalam landskap politik yang rapuh.Menurut Asrul, keperluan menjaga persepsi menjelang PRU16 menyebabkan kedudukan Adun Juasseh itu sebagai ketua kerajaan negeri tidak mungkin digugat dalam masa terdekat."Ismail dilantik oleh Yang Dipertuan Besar dan mana-mana pihak yang mahu mencabarnya perlu menghormati keputusan baginda.

Umno dan PN juga mempunyai kepentingan besar untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerjasama baharu mereka mampu membentuk kerajaan yang stabil."Menyingkirkan Ismail sebelum PRU akan menyebabkan Umno dilihat berpecah, sekali gus melemahkan hujah lebih besar mengenai kerjasama politik Melayu."Sebarang cabaran kepimpinan yang serius lebih berkemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum apabila keseimbangan kuasa di peringkat nasional serta hubungan antara BN, PN dan PH menjadi lebih jelas."Asrul berkata, perebutan kuasa seperti yang berlaku di Melaka pada 2023 tidak boleh diketepikan dalam jangka panjang.Beliau merujuk kepada peralihan kepimpinan yang menyaksikan Ab Rauf Yusoh menggantikan Sulaiman Ali sebaga… Bagi gabungan politik yang bawa seruan 'Melayu bersatu' dan 'penyatuan ummah' lalu menang pilihan raya kerananya, apa yang sedang berlaku membabitkan BN-PN di Negeri Sembilan agak 'tak topek'. Itu loghat Nogori bererti tak kemas atau tak elok dipandang.

Iyalah, di mana perpaduan dan penyatuan apabila Rais Yatim mempertikai pelantikan menteri besar dan tuduh orang luar masuk campur urusan adat Negeri Sembilan? Menteri Besar Ismail Lasim orang Umno. Dan 'orang luar' yang Rais maksudkan juga orang Umno.

Wawasan duduk dalam Perikatan Nasional yang sedang berkawan baik dengan Barisan Nasional, yang dalamnya ada Umno. Jadi taklah nampak perpaduan dan penyatuan BN-PN walaupun gabungan itu berkempen mengajak orang Melayu bersatu sekali gus menyatukan umat Islam. Tidak mustahil jika sudah ada orang Negeri Sembilan mula berkata "kamu ajak kita bersatu kamu sendiri tak bersatu", walaupun saya sendiri tidak atau belum lagi mendengarnya.

Tindakan Rais menyukarkan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin. Macam mana nak bersemuka dengan Zahid Hamidi setelah orang kuat parti sendri tuduh si presiden Umno masuk urusan adat Negeri Sembilan. Berpeluh jugalah nak explain kepada Zahid.

Satu lagi bab melibatkan watak utama krisis politik negeri yang tercetus April lalu, iaitu Jalaludin Alias. Beliau tidak hadir upacara angkat sumpah jawatan menteri besar seperti ditulis semalam. Alasan beliau terima undangan lewat dan sudah ada acara diatur terlebih dahulu.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →