HomeWorld

Arahan tangkap penagih setiap hari sesuai situasi Kelantan, kata menteri KDN

World 1 source 1 country 47m ago

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hampir tiada kampung di Kelantan terlepas daripada masalah salah guna dadah.BUKIT KAYU HITAM: Tindakan Polis Kelantan mewajibkan setiap ketua balai melakukan sekurang-kurangnya satu tangkapan berkaitan dadah setiap hari dilihat bersesuaian dengan keseriusan masalah penyalahgunaan dadah di negeri itu.Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan sedemikian perlu dilihat dalam konteks keadaan semasa di Kelantan, apabila hampir tiada kampung di negeri itu yang terlepas daripada masalah penyalahgunaan dadah.“Jadi saya boleh faham latar belakang Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat yang menggesa tindakan sedemikian rupa. Di Kelantan, hampir tidak ada kampung yang terlepas daripada masalah ini.“Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Machang dan Rantau Panjang adalah jajahan yang mencatatkan angka penyalahgunaan dadah dan bahan yang serius,” katanya kepada pemberita.Terdahulu, beliau menghadiri Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti Felda Sihat, Kedah Sejahtera yang dirasmikan oleh Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin di Felda Bukit Tangga.Saifuddin Nasution berkata, keseriusan ancaman dadah di Kelantan turut digambarkan menerusi jumlah penghuni penjara di negeri itu, khususnya di Penjara Pengkalan Chepa yang merupakan antara penjara paling sesak di Malaysia.Katanya, daripada setiap 100 penghuni penjara itu, kira-kira 75 orang terbabit kesalahan berkaitan dadah, sama ada di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan atau Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah.“Satu lagi penjara ialah Penjara Machang yang bukan penjara reman, sebaliknya penjara sabitan. Daripada setiap 100 penghuninya, boleh dikatakan 95 orang berkaitan masalah dadah,” katanya.Saifuddin Nasution berkata, sekiranya ketua polis Kelantan mengarahkan ketua balai mengambil tindakan lebih agresif menerusi gerakan menyeluruh, ia adalah selaras dengan tahap masalah dadah yang berlaku di negeri itu.Bagaimanapun, katanya, sama ada pendekatan sama akan dilaksanakan di negeri lain bergantung kepada penilaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.“JSJN akan membuat keputusan.

Mereka mempunyai pemetaan, pemprofilan dan semua maklumat yang diperlukan untuk menentukan tindakan seterusnya, sama ada mereka mahu mencontohi pendekata…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →