HomeAsia-Pacific

AS laksana tarif tambahan 10% terhadap Malaysia atas dakwaan buruh paksa

Asia-Pacific 1 source 1 country 47m ago

Malaysia antara 60 negara disiasat Wakil Perdagangan AS atas kegagalan melarang dan membendung kemasukan barangan dihasil menggunakan buruh paksa. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan tarif tambahan 10% terhadap hampir semua eksport Malaysia atas dakwaan gagal melarang dan membendung kemasukan barangan dihasil menggunakan buruh paksa. Tarif itu akan berkuat kuasa tengah hari ini susulan siasatan dilancarkan Wakil Perdagangan AS (USTR) mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 pada Mac lalu ke atas 60 negara berhubung sekatan import berkaitan buruh paksa.

Negara lain yang tertakluk kepada tarif baharu 10% itu termasuk Argentina, Bangladesh, Kemboja, Kanada, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, India, Indonesia, Jordan, Mexico, Pakistan, Sri Lanka, Trinidad dan Tobago serta United Kingdom. Malaysia dikenakan tarif lebih rendah sebanyak 10% berbanding 12.5% susulan komitmen berkaitan larangan import buruh paksa di bawah perjanjian perdagangan timbal balik dengan AS, walaupun perkara itu diumumkan terbatal oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani, Mac lalu. Menurut notis USTR, beberapa produk dikecualikan tarif, termasuk minyak sawit mentah dan ditapis, batu permata dan sutera, kulit biji psyllium, boswellia dan minyak argan.

Malaysia bersama Bangladesh, Kemboja dan Indonesia akan dimasukkan dalam mekanisme kuota kadar tarif pada masa depan, yang membolehkan jumlah tertentu produk tekstil serta pakaian dieksport ke AS tanpa dikenakan duti sebagai pertukaran untuk mengimport lebih banyak kapas dari AS. USTR berkata, mekanisme itu belum dikuatkuasakan, dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam notis berasingan. Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, berkata langkah mengenakan tarif itu dilaksanakan atas arahan Presidennya, Donald Trump kerana tekanan diplomatik selama beberapa dekad gagal menghapuskan buruh paksa daripada rantaian bekalan global.

"Tindakan hari ini akan mula membetulkan apa yang merupakan pencabulan hak asasi manusia dan amalan perdagangan menyimpang untuk meningkatkan kebajikan pekerja di seluruh dunia." Katanya, AS melarang pengimportan barangan dihasil menggunakan buruh paksa hampir satu abad lalu dan menyeru rakan dagang lain menerima pakai serta melaksanakan langkah sama.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →