Tahun lalu, Donald Trump mengarahkan Setiausaha HHS Robert F Kennedy Jr dan Setiausaha Negara Marco Rubio berunding dengan Gavi berhubung pelaksanaan beberapa pembaharuan sebagai syarat menyambung semula sokongan AS. (Gambar Gavi)WASHINGTON: Pentadbiran Presiden, Donald Trump pada Rabu menegaskan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyalurkan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi Gavi, Perikatan Vaksin, lapor Anadolu Ajansi.Kenyataan itu dibuat ketika Washington mengumumkan pelepasan dana berjumlah USD600 juta yang diluluskan Kongres untuk perikatan vaksin global berkenaan."AS turut menegaskan ia tidak akan menyediakan dana kerajaan AS kepada WHO menerusi Gavi," menurut kenyataan bersama Jabatan Negara serta Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS).Menurut kenyataan itu, Trump pada tahun lepas mengarahkan Setiausaha HHS, Robert F Kennedy Jr dan Setiausaha Negara, Marco Rubio berunding dengan Gavi mengenai pelaksanaan beberapa pembaharuan sebagai syarat menyambung semula sokongan AS.Rundingan itu menghasilkan beberapa komitmen yang menurut pentadbiran AS dapat meningkatkan "keselamatan vaksin" serta menyelaras pendekatan Gavi dengan prinsip "Gold Standard Science".Berdasarkan komitmen itu, Jabatan Negara memaklumkan keseluruhan dana USD600 juta yang diluluskan Kongres bagi tahun fiskal 2025 dan 2026 akan disalurkan serta-merta.Menurutnya, Gavi bersetuju bekerjasama dengan lembaga pengarahnya dan negara rakan bagi menggantikan formulasi tertentu vaksin yang mengandungi merkuri dengan alternatif bebas merkuri.Vaksin itu termasuk vaksin meningokokal A, vaksin pentavalen DTP-Hib-HepB, vaksin pneumokokal dan vaksin hepatitis B.
Summary from source