HomeWorld

Auku: Repealing alone is not enough, a new legal framework is needed, says vice-chancellor

World 1 source 1 country 25m ago

Saifuddin Abdullah berkata PN sebelum ini turut syor Auku diganti dengan undang-undang baharu yang lebih baik dan komprehensif.PETALING JAYA: Sebuah jawatankuasa khas Parlimen mahu mengundang menteri pendidikan tinggi bagi membincangkan secara mendalam cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Saifuddin Abdullah, berkata ahlinya mencapai kesefahaman untuk mengundang Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir.Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, perkara berkenaan memerlukan penelitian serius kerana Auku bukan sekadar mengawal kebebasan dan disiplin mahasiswa, tetapi merupakan akta induk berkaitan penubuhan serta pentadbiran universiti dan kolej universiti.“Maknanya, jika Auku dimansuhkan ia perlu ada penggantinya,” katanya dalam kenyataan.Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Auku selepas beberapa pindaan terhadap akta itu masih tidak memuaskan mahasiswa yang mahukan kebebasan lebih luas.Auku yang diperkenalkan pada 1971 sudah melalui tujuh pindaan, termasuk pada 2012 yang membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus dan pindaan terbaru pada 2024 yang antara lain memberi badan pelajar lebih ruang mengumpul dana serta menerima sumbangan.Saifuddin yang juga pengerusi portfolio pendidikan Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu menerusi Cadangan Reformasi Pendidikan diterbitkan pada September 2024 turut mengesyorkan Auku digantikan dengan undang-undang baharu yang lebih baik dan komprehensif.Menurutnya, usaha memperluaskan kebebasan mahasiswa juga tidak boleh bergantung kepada perubahan undang-undang semata-mata kerana terdapat pengurusan sesetengah universiti yang didakwanya bersifat 'drakonian' dan menyalahgunakan Auku untuk menyekat mahasiswa.Saifuddin yang juga setiausaha agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) berkata, ruang kebebasan mahasiswa yang masih terbatas boleh ditambah baik melalui pindaan undang-undang, tetapi amalan pengurusan universiti yang negatif perlu diperbetulkan pada peringkat pentadbiran."Ia melibatkan soal yang lebih luas iaitu soal roh universiti. Soal kecemerlangan akademik yang punya roh."Sebahagian daripada kandungan dan proses mencapai kecemerlangan akademik yang punya roh ini melibatkan soal kebebasan mahasiswa… Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Mas Fawzi Mohd Ali berkata pemansuhan Auku berpotensi perluas kebebasan bersuara, perkukuh demokrasi kampus dan menggalakkan aktivisme bertanggungjawab.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Cadangan pemansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) perlu disusuli kerangka perundangan pendidikan tinggi lebih komprehensif bagi memastikan autonomi universiti dan mahasiswa tidak menjejaskan tadbir urus serta akauntabiliti institusi.Bagaimanapun, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mas Fawzi Mohd Ali, berkata autonomi itu juga perlu disertai sistem semak dan imbang yang kukuh.Jelasnya, isu utama bukan sekadar sama ada Auku perlu dimansuhkan, sebaliknya bentuk kerangka perundangan baharu yang lebih sesuai dengan perubahan landskap pendidikan tinggi.“Autonomi yang lebih besar membawa tanggungjawab yang lebih besar dan mahasiswa perlu faham etika, integriti, undang-undang dan kesan setiap tindakan,” katanya."Jika Auku dimansuhkan, ia perlu dilihat sebagai reformasi menyeluruh, bukan sekadar penghapusan akta. Yang penting ialah membina kerangka baharu yang lebih komprehensif dan harmoni,” katanya dalam kenyataan.Selain itu katanya, kebebasan mahasiswa penting dalam membentuk pemikiran kritis, kepimpinan dan kematangan intelektual, termasuk memberi ruang kepada mereka untuk bersuara, mengkritik berasaskan fakta serta terbabit dalam aktiviti sosial dan pembangunan negara."Pemansuhan Auku berpotensi memperluas kebebasan bersuara, mengukuhkan demokrasi kampus dan menggalakkan aktivisme bertanggungjawab, selain meningkatkan autonomi mahasiswa serta institusi," katanya.Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Sabtu lalu, mengumumkan Auku akan dimansuhkan kerana masih terdapat perkara yang belum memuaskan hati mahasiswa selepas beberapa pindaan dilakukan.Auku melalui tujuh pindaan sejak diperkenalkan pada 1971. Pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.Sementara itu, Mas Fawzi berkata beliau melihat Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai langkah penting ke arah transformasi pendidikan tinggi negara, termasuk pengukuhan kepimpinan berautonomi dan ekosistem lebih kolaboratif.Seiring itu, katanya, agenda One Hig…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →