HomeAsia-Pacific

Bangladesh seeks Malaysia's help with LNG supplies, PM says

Asia-Pacific 1 source 1 country 7m ago

PM Anwar Ibrahim berbual dengan Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman menerusi telefon hari ini. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Bangladesh memohon bantuan Malaysia termasuk melalui kerjasama dengan Petronas bagi membekalkan gas asli cecair (LNG) untuk memenuhi keperluan mendesak susulan cabaran bekalan gas yang dihadapi negara itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.Anwar berkata, perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman dalam perbualan telefon mereka hari ini.Menurutnya, perbualan mereka menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan demi manfaat bersama.“Dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi termasuk kemajuan pelaburan melibatkan Axiata serta potensi kerjasama strategik bersama MMC Port dalam memperkukuh hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara,” kata Anwar menerusi hantaran Facebook.Beliau berkata, Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan Bangladesh berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama yang pragmatik dan iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan bekalan gas di Bangladesh berikutan konflik Asia Barat menjadi lebih parah akibat kemalangan di sebuah kemudahan industri.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →