HomeWorld

Banjir jejas nilai hartanah, daya tarikan komersial PJ

World 1 source 1 country 44m ago

Sebahagian kawasan Petaling Jaya dilanda banjir kilat buat kali ketiga tahun ini pada 18 Julai. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sebuah kumpulan hartanah berkata banjir berulang di Petaling Jaya secara asasnya memberi kesan terhadap harga hartanah serta menjejaskan reputasi bandar itu sebagai hab komersial utama.Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang minggu lalu, termasuk beberapa bahagian Petaling Jaya — dengan sebahagiannya dilanda banjir buat kali ketiga tahun ini.Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) berkata pihaknya 'amat bimbang' dengan corak banjir berulang yang semakin kerap dan teruk, yang menurutnya sedang mengubah penilaian pasaran hartanah komersial Petaling Jaya secara kekal.Kelvin Yip.Presiden MIEA, Kelvin Yip, berkata hartanah yang mengalami banjir berulang kini menyaksikan nilai modalnya merosot di bawah purata pasaran apabila pembeli mengambil kira kos pembaikan dan peningkatan perbelanjaan insurans.Kedai runcit dan bilik pameran di tingkat bawah di Petaling Jaya berdepan kadar sewaan yang tidak berkembang atau mengalami penurunan, manakala unit di tingkat atas kekal agak stabil, sekali gus mewujudkan pasaran dua peringkat dalam bangunan yang sama."Ini bukan lagi kejadian luar biasa tetapi sudah menjadi faktor risiko bermusim… reputasi PJ sebagai hab komersial utama kini terjejas," katanya."Infrastruktur sedia ada jelas sudah tidak mampu menampung keadaan semasa dan kami menggesa pihak berkuasa tempatan supaya memberi keutamaan kepada peningkatan pelan induk saliran serta menguatkuasakan garis panduan pembangunan yang lebih ketat."Hartanah di kawasan tinggi dan kalis banjir akan mempunyai 'premium keselamatan', manakala aset di kawasan rendah akan mengalami penyusutan nilai secara beransur-ansur setiap tahun sehingga penambahbaikan infrastruktur dapat mengejar keadaan semasa."Beliau berkata banjir berulang boleh menyebabkan hakisan nilai hartanah dalam jangka panjang apabila bank mengenakan kriteria kelulusan pinjaman yang lebih ketat terhadap hartanah komersial di kawasan berisiko banjir, sekali gus mengurangkan permintaan.Beliau turut menyatakan perubahan dalam pilihan penyewa, dengan pengusaha makanan dan minuman (F&B) serta peruncit semakin mengelakkan unit tingkat bawah di kawasan Petaling Jaya yang berisiko banjir, sebaliknya memilih lokasi yang mempunyai sistem saliran lebih dipercayai.Yip …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →