HomeAsia-Pacific

Nepal floods: More than 50 Malaysians unable to be contacted

Asia-Pacific 1 source 1 country 34m ago

Media tempatan melaporkan, banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal. (Gambar Epa Images)PETALING JAYA: Jumlah rakyat Malaysia yang hilang susulan bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di Rasuwa, Nepal meningkat kepada 54 berbanding 17 yang dilaporkan semalam.Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan."Saya amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini."Usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan," katanya.Anwar berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan tragedi itu dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan."Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan," katanya.Semalam, Lembaga Pelancongan Nepal berkata seramai 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan di Rasuwa.Media tempatan melaporkan, banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal. Keadaan di Trishuli Bazar, daerah Nuwakot, Nepal selepas dilanda banjir kilat pada Rabu.

(Gambar EPA Images)HYDERABAD: Lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal gagal dihubungi ahli keluarga susulan banjir dahsyat pada Rabu yang turut menyebabkan ratusan penduduk tempatan dan warga asing belum diketahui nasib mereka."Kami masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi."Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia," kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Firdaus Azman kepada Bernama malam tadi.Menurutnya, akses jalan raya ke kawasan itu terjejas akibat banjir, manakala kerajaan Nepal mengerahkan helikopter untuk operasi mencari dan menyelamat."Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa," katanya sambil menambah sukar mendapatkan maklumat rakyat Malaysia yang hilang disebabkan kerosakan infrastruktur komunikasi.Beliau berkata, rakyat Malaysia yang cuba mengesan saudara-mara atau rakan mereka perlu menghantar butiran pasport dan perjalanan individu terbabit melalui e-mel kepada Kedutaan Malaysia di mwkathmandu@kln.gov.my bagi tujuan penyelarasan.Angka kematian akibat banjir melepasi 160 orang pada malam Rabu, manakala ratusan lagi, termasuk nasib pelancong, anggota polis dan pasukan keselamatan Nepal belum diketahui.Sekurang-kurangnya 142 rakyat India antara warga asing yang dilaporkan hilang.Banjir akibat runtuhan salji itu menghanyutkan perkampungan, jambatan dan beberapa projek tenaga.Satu "kejadian seismik" bermagnitud 5.2 berlaku dekat sempadan Nepal-China pada 8.37 pagi Rabu (waktu tempatan), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di laman sesawangnya."Kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai gempa bumi bermagnitud 4.4."Analisis lanjut terhadap stesen seismik berhampiran, gelombang seismik jangka panjang dan imej satelit membawa kepada penentuan bahawa kejadian seismik itu sebenarnya runtuhan glasier dan aliran puing, bukannya gempa bumi," kata USGS.Menurut pihak berkuasa Nepal, banjir kilat dari arah China memasuki negara itu menerusi Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa.Sebanyak 19 jambatan dan 40km lebuh raya musnah akibat banjir itu, menurut laporan Kathmandu Post.Polis menghalang kenderaan dari Kathmandu menuju ke daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading yang paling teruk terjejas.Rakaman CCTV memaparkan bangunan dan kenderaan di pelabuhan sempadan Gyirong di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →