HomeAsia-Pacific

Wisma Putra to cross-check missing Malaysians in Nepal, China

Asia-Pacific 1 source 1 country 39m ago

Banjir kilat dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal berhampiran sempadan Tibet pada 26 Ogos, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Wisma Putra sedang menyemak sama ada wujud pertindihan antara senarai 55 rakyat Malaysia di Nepal dan 36 di China yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir di kawasan sempadan kedua-dua negara.Kementerian Luar berkata setakat 8 malam, 55 rakyat Malaysia di Nepal dan 36 di China masih dilaporkan belum dapat dihubungi."Kementerian terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di China dan Nepal, di samping menyemak silang maklumat dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang pertindihan dalam laporan yang diterima,” katanya dalam kenyataan.Wisma Putra turut meminta media dan orang ramai merujuk angka rasmi dikeluarkannya ketika melaporkan status rakyat Malaysia terjejas.Menurutnya, angka itu akan dikemas kini apabila hubungan berjaya diwujudkan dengan individu yang masih belum dapat dihubungi atau selepas maklumat baharu diterima daripada pihak berkuasa dan keluarga.Banjir kilat dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal berhampiran sempadan Tibet pada 26 Ogos, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas.Bencana itu dikaitkan dengan keruntuhan glasier di Himalaya yang mencetuskan aliran besar air, lumpur dan serpihan ke kawasan lembah di sempadan Nepal-China.Dalam pada itu, Wisma Putra berkata perkembangan mengenai kes individu disalurkan secara terus kepada waris terdekat yang dikenal pasti mengikut prosedur konsular.Katanya, pegawai konsular sudah menghubungi waris terbabit bagi menyampaikan perkembangan terkini, manakala maklumat peribadi tidak akan didedahkan kepada umum tanpa kebenaran keluarga.Penjelasan itu dibuat ketika keluarga rakyat Malaysia yang masih belum ditemukan meminta kerajaan memberikan perkembangan lebih kerap mengenai usaha mengesan ahli keluarga mereka.Kementerian berkata kebajikan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi serta keluarga mereka kekal menjadi keutamaan dan meminta semua pihak menghormati privasi keluarga terjejas.Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya terus beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi menerusi talian 03-8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.Ahli keluarga juga boleh menyalurkan maklumat kepada Kedutaan Besar Malaysia di K… Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, bilik operasi kementerian beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan rakyat Malaysia yang terjejas di Nepal.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Satu sesi pertemuan dan taklimat akan diadakan esok bersama keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan banjir kilat dahsyat dan insiden tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.Beliau berkata, taklimat itu melibatkan Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi berkaitan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai usaha mengesan mangsa yang dikategorikan sebagai hilang."Banyak juga yang dulu dikategorikan hilang tetapi telah dapat dihubungi ... pihak China turut memaklumkan ada beberapa orang di sebelah sana dapat dihubungi namun belum dipastikan kerakyatan mana,” katanya selepas Program Ziarah Kasih di Taman Kelab Tuanku, Mambau, Seremban, lapor Bernama.Tambahnya, Wisma Putra juga bersedia menguruskan perjalanan keluarga terlibat ke Nepal sekiranya perlu, namun akses ke lokasi bencana adalah sukar berikutan masalah perhubungan, termasuk jambatan yang terputus.Mohamad berkata, bilik operasi kementerian beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan rakyat Malaysia yang terjejas, dan Wisma Putra berhubung rapat dengan Kementerian Luar Nepal serta agensi berkaitan untuk mendapatkan perkembangan lanjut.Kedutaan Malaysia di Kathmandu turut menerima tambahan petugas bagi membantu menguruskan keperluan berkaitan rakyat negara ini dan keluarga mereka yang masih belum dapat dikesan, katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →