HomeWorld

Banjir: Peniaga PJ terperangkap antara pembaikan dan penempatan semula

World 1 source 1 country 44m ago

Medan Selera Jaya 223 di Seksyen 51A dilanda banjir sebanyak tiga kali tahun ini, dengan yang terbaharu menyaksikan ketinggian air mencecah paras leher.PETALING JAYA: Setiap kali hujan lebat, peniaga di Medan Selera Jaya 223, Seksyen 51A perlu menanggung kos pembaikan dan kerugian semakin meningkat akibat banjir.Banjir berulang memaksa peniaga menggantikan stok dan peralatan rosak secara berterusan, ada pula yang kini berdepan kemungkinan meninggalkan kawasan yang dianggap sebagai rumah selama beberapa dekad.Mereka memberitahu FMT, mereka dimaklumkan mungkin perlu berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan yang dihubungkan dengan pembangunan sebuah kondominium berdekatan.Berdepan banjir berulang, penempatan semula mungkin pilihan lebih baik buat 60 perniagaan di medan selera itu, tetapi belum ada butiran berhubung lokasi, masa pemindahan atau sama ada mereka akan diberikan sebarang bantuan.Mutalib."Tunjukkan kepada kami lokasi baharu dan bina kedai untuk kami. Sebaik sahaja kedai diserahkan, kami akan berpindah," kata Mutalib yang berniaga di sana kira-kira 35 tahun.Pada 18 Julai lalu, medan selera itu dilanda banjir buat kali ketiga tahun ini, selepas kejadian pada 20 April dan 6 Mei lalu.Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata, banjir itu berpunca daripada taburan hujan lebat lebih 60mm dalam tempoh singkat yang menyebabkan Sungai Penchala melimpah serta aliran balik dari Sungai Klang dan kerja pembaikan sungai yang mengurangkan kapasiti aliran air.MBPJ sebelum ini mengecualikan sewa dua bulan untuk peniaga terjejas selepas banjir pada April lalu, manakala kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM40.5 juta untuk menangani banjir di kawasan itu, dengan Seksyen 51A antara tiga lokasi utama.Mutalib berkata, air naik setinggi paras leher dalam kejadian terbaharu yang menyebabkan dapur gas, ketuhar, peralatan LPG, perkakas elektrik dan bekalan makanan rosak.Keperluan menggantikan peralatan rosak, menambah semula stok makanan dan tidak dapat berniaga menyebabkan peniaga yang beroperasi dengan margin tipis berdepan kesukaran.Mutalib turut kecewa kerana tiada tindakan susulan atau pegawai yang kembali untuk menilai kerugian ditanggung mereka."Apabila pilihan raya diadakan, mereka datang minta kami mengundi dan sokong mereka. Tetapi, apabila rakyat menderita dan kehilangan harta benda, tiada siapa datang bertanya bantuan apa yang kami perlukan."…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →