HomeWorld

Banjir Tawau: Hajiji arah semua agensi gerak aset, tenaga percepat operasi

World 1 source 1 country 4m ago

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata semua mangsa banjir di Tawau dan kawasan sekitar terima bantuan dan keperluan asas dengan segera. (Gambar Jabatan Ketua Menteri Sabah)KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengarahkan semua agensi berkaitan untuk menggerakkan segala aset serta tenaga kerja bagi mempercepat operasi menyelamat penduduk susulan banjir di Tawau dan kawasan sekitar.Ketua Menteri Hajiji Noor berkata keutamaan adalah memastikan keselamatan nyawa rakyat, di samping semua mangsa menerima bantuan dan keperluan asas dengan segera."Saya ingin merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa terjejas banjir di Tawau serta beberapa kawasan sekitarnya," katanya di Facebook."Saya telah mengarahkan semua agensi berkaitan untuk menggerakkan segala aset dan tenaga bagi mempercepat operasi menyelamat, pemindahan mangsa, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas."Hajiji mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah sekiranya diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga."Semoga keadaan kembali pulih dengan segera. Saya juga mendoakan agar semua mangsa dipermudahkan urusan, dilindungi daripada sebarang musibah dan semoga seluruh anggota pasukan penyelamat diberikan kekuatan serta keselamatan dalam menjalankan tugas," katanya.Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan satu PPS dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau bagi menempatkan mangsa terjejas banjir.PPS itu diaktifkan pada 11 pagi tadi dan pada ketika ini proses pendaftaran penduduk terlibat sedang berjalan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata 11 mangsa termasuk dua kanak-kanak yang terperangkap akibat banjir di Kampung Terasing Batu 17 telah diselamatkan."Semua mangsa dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan bot," katanya.Beliau berkata bomba juga ke lokasi banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Apas Balung bagi tujuan memantau dan penyelamatan.Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau, Shoffian Said, mengisytiharkan bencana banjir di daerah itu pada 8.30 pagi selepas menerima laporan dan maklumat di lapangan berkaitan situasi berkenaan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →