HomeWorld

Bantuan kerajaan tak cukup, lebih baik usahakan tanah adat, kata Orang Asli

World 1 source 1 country 16m ago

Jurucakap penduduk Kampung Jemeri Azman Idom berkata, Orang Asli anggap tanah adat sumber ekonomi utama mereka. PETALING JAYA: Masyarakat Orang Asli di Kampung Jemeri, Pahang, menyifatkan bantuan kerajaan negeri sebagai tidak mencukupi, dan lebih selesa meningkatkan taraf hidup sendiri melalui pengiktirafan hak ke atas tanah adat. Jurucakap penduduk kampung Azman Idom berkata, setiap isi rumah di kampung itu menerima antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan daripada kerajaan negeri.

“Tetapi jumlah itu tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga kami,” katanya pada forum bertajuk ‘Indigenous Youth Speak Up’ hari ini. Azman berkata, komuniti tersebut mahu mengusahakan tanah adat mereka, yang menurutnya merupakan sumber ekonomi utama penduduk. Bagaimanapun, katanya, komuniti itu kini terpalit dalam pertikaian berhubung pemilikan tanah itu.

“Kami persoalkan keperluan untuk terus bergantung kepada bantuan kerajaan tanpa diberi peluang membangunkan ekonomi sendiri hasil tanah kami, sepertimana yang lazimnya kami buat sebelum ini,” katanya. Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri menekankan kepentingan pembangunan dan pendidikan masyarakat Orang Asli, mereka sedar pembangunan sedemikian tidak akan tercapai tanpa pertumbuhan ekonomi. Tambahnya, komuniti itu bersedia memperjuangkan hak tanah mereka namun kekurangan dana, justeru ‘tidak mampu mengupah peguam’.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →