Mahkamah Perusahaan kata Ooi Tse Biing meletakkan diri dalam keadaan di mana kepentingan perniagaan peribadi bercanggah dengan kepentingan majikan. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai operasi yang menerima gaji RM50,000 sebulan gagal dalam tuntutan pemecatan tidak adil, selepas Mahkamah Perusahaan mengekalkan penamatannya kerana secara rahsia menubuhkan dan mengendalikan sebuah syarikat berasingan ketika masih bekerja.Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Chow Siew Lin, memutuskan bahawa Advent Packaging Sdn Bhd mempunyai alasan munasabah untuk memecat Ooi Tse Biing selepas mendapati dia menubuhkan dan mengendalikan SG Film Sdn Bhd tanpa pengetahuan atau kelulusan syarikat.Chow mendapati Ooi, yang merupakan COO Advent Packaging dan kemudian dilantik sebagai pengarah, menubuhkan SG Film sebagai pemegang saham tunggal walaupun SG Film sedang mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan yang sama.Beliau berkata Ooi meneruskan usaha niaga itu atas inisiatif sendiri tanpa mendapatkan kelulusan syarikat, sekali gus mewujudkan konflik jelas antara kepentingan peribadi dengan tanggungjawab fidusiari terhadap majikan.Beliau turut mendapati SG Film menggunakan mesin milik Advent Packaging tanpa kebenaran.Chow seterusnya memutuskan bahawa Ooi menerima RM10,000 dalam bentuk yuran pengurusan dan RM20,000 dalam bentuk yuran perundingan daripada SG Film ketika masih bekerja dengan Advent Packaging, namun gagal mendedahkan bayaran tersebut."Cara pihak penuntut mengendalikan urusannya ketika berurusan dengan SG Film, serta kegagalannya mendedahkan kepada syarikat mengenai penubuhan SG Film dan operasi seterusnya pada masa berkaitan telah mengaburkan sempadan antara urusan dan kepentingan peribadi dengan urusan rasmi," katanya.Beliau berkata bukti menunjukkan Ooi meletakkan dirinya dalam keadaan di mana kepentingan perniagaan peribadi bercanggah dengan kepentingan majikan.Beliau menerima hujah syarikat bahawa pekerja, khususnya mereka yang memegang jawatan pengurusan kanan, mempunyai kewajipan untuk bersikap jujur, setia dan taat kepada majikan."Selain kecekapan dan industri, kejujuran serta integriti antara ciri utama yang perlu dimiliki oleh pekerja," katanya dalam award yang terbit minggu lalu.Beliau berkata kewajipan itu lebih besar bagi seorang COO yang diberi amanah untuk menyelia operasi syarikat dan bertindak demi kepentingan terbaik syarikat.Ad…
Summary from source