Ellron Alfred Angin menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Gagasan Rakyat Pensiangan Abdul Ghani Yassin semalam. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Ellron Alfred Angin menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersama beberapa bekas pemimpin dan ahli akar umbi parti itu dari Sook, Nabawan serta Tulid.Bekas menteri belia dan sukan Sabah itu menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Gagasan Rakyat Pensiangan, Abdul Ghani Yassin, selepas mesyuarat jawatankuasa bahagian itu semalam.Susulan itu, Ellron dilantik ahli jawatankuasa bahagian Pensiangan.Ghani dipetik Daily Express sebagai berkata, penyertaan Ellron bersama bekas pemimpin akar umbi STAR akan memperkukuh kedudukan Gagasan Rakyat di Pensiangan menjelang PRU16.Jelasnya, bahagian itu membentuk jawatankuasa penyelaras di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sedang menubuhkan cawangan berdasarkan pusat daerah mengundi bagi memperkemas jentera pentadbiran serta persiapan menghadapi PRU16.Gagasan Rakyat merupakan tunjang dalam Gabungan Rakyat Sabah yang menerajui pentadbiran Sabah. Ellron Alfred Angin submitted his membership application to Gagasan Rakyat's Pensiangan chief, Abdul Ghani Yassin, on Thursday.
(Facebook pic)PETALING JAYA: Former Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) deputy president Ellron Alfred Angin has joined Parti Gagasan Rakyat Sabah, alongside several former party leaders and grassroots members from Sook, Nabawan and Tulid.Ellron, a former state youth and sports minister, submitted his membership application to Gagasan Rakyat's Pensiangan chief, Abdul Ghani Yassin, after the division’s committee meeting yesterday, Daily Express reported.Ellron has since been appointed a committee member of the Pensiangan division.Ghani said Ellron’s entry, along with that of former STAR grassroots leaders, would strengthen Gagasan Rakyat in Pensiangan ahead of the 16th general election.He said the division had formed coordinating committees at the state constituency level and was setting up branches based on polling district centres to streamline its administrative machinery and preparations for GE16.Gagasan Rakyat is the lynchpin in the Gabungan Rakyat Sabah coalition governing Sabah.
Summary from source