Dalam musim pilihan raya, hampir setiap detik diatur dengan teliti.Jadual kempen disusun padat, ucapan dipersiapkan, mesej diperhalusi dan setiap penampilan dirancang bagi meyakinkan pengundi.Namun, ada kalanya satu peristiwa yang tidak dirancang mampu menceritakan lebih banyak tentang watak seorang pemimpin daripada puluhan ceramah dan ratusan poster kempen.Demikian yang berlaku apabila calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Lenggeng Asna Amin, menghentikan kenderaannya untuk membantu seorang lelaki dan seorang wanita yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menghadiri program kempen baru-baru ini.Dalam keadaan cemas, beliau menggunakan bendera parti sebagai balutan sementara pada tangan mangsa sebelum bantuan lanjut tiba.Video kejadian yang dimuat naik di akaun TikTok rasminya melepasi dua juta tontonan, belum termasuk perkongsian semula di platform lain dan terpilih sebagai berita utama di Google pada hari tersebut.Namun, perhatian masyarakat bukan tertumpu kepada jumlah tontonan, sebaliknya kepada tindakan spontan yang mendahulukan keselamatan mangsa berbanding jadual kempen.Dalam politik, persepsi boleh dibina melalui strategi komunikasi, tetapi nilai sebenar seorang pemimpin lazimnya terserlah melalui tindakan yang berlaku tanpa dirancang.Peristiwa itu bukan sekadar kisah kemanusiaan. Ia mengingatkan politik pada asasnya ialah tentang khidmat kepada manusia.Apabila seseorang pemimpin sanggup berhenti untuk membantu tanpa mengira latar belakang mangsa atau pertimbangan politik, tindakan itu meninggalkan kesan yang lebih mendalam daripada retorik yang paling indah sekalipun.Pendekatan seperti inilah yang semakin dikaitkan dengan Asna sepanjang menggalas amanah sebagai Adun Lenggeng.Beliau bukan pemimpin yang sering mencetuskan kontroversi atau membina pengaruh melalui polemik. Sebaliknya, beliau lebih dikenali melalui gaya memimpin yang sederhana, mudah didekati dan konsisten mendampingi masyarakat.Dalam suasana politik yang semakin mencabar, pendekatan sedemikian mempunyai nilai yang tersendiri.Rakyat hari ini tidak lagi menilai pemimpin semata-mata berdasarkan manifesto atau keupayaan berpidato.Mereka mahu melihat sama ada seseorang itu benar-benar hadir ketika diperlukan dan mampu membina kepercayaan melalui tindakan yang konsisten.Kepercayaan yang diberikan kepada Asna sebagai timbalan yang dipertua DUN Negeri Sembilan turut m…
Summary from source