HomeWorld

Berjaya Hills, landowners fail to cancel Pahang land tax rate revision

World 1 source 1 country 40m ago

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Kanun Tanah Negara memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri tentukan kadar cukai tanah, manakala peranan Majlis Tanah Negara menggubal dasar tanah negara dan melulus tempoh pelaksanaan semakan kadar.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak lima rayuan oleh Berjaya Hills Resort Bhd dan pemilik tanah berkaitan yang mencabar kadar baharu cukai tanah Pahang, dengan memutuskan bahawa Majlis Tanah Negara (MTN) hanya perlu meluluskan pelaksanaan semakan kadar tersebut, bukannya kadar sebenar yang dikenakan.Hakim Choo Kah Sing yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel tiga hakim berkata, Kanun Tanah Negara (KTN) memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk menentukan kadar cukai tanah, manakala peranan MTN adalah menggubal dasar tanah negara dan meluluskan masa pelaksanaan semakan kadar.Dua lagi hakim dalam panel berkenaan ialah Ravinthran Paramaguru dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin.Berjaya Hills dan pemilik tanah berkenaan memohon semakan kehakiman selepas Pejabat Tanah dan Galian Pahang menaikkan kadar cukai tanah secara besar-besaran ke atas 330 lot tanah di Bentong berkuat kuasa 1 Januari 2020, sebelum mengenakan kadar baharu itu untuk tahun sebelumnya bagi 2020, 2021 dan 2022 melalui bil yang dikeluarkan pada 2023.Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu pada Ogos tahun lalu, menyebabkan pihak terbabit mengemukakan rayuan.Pemilik tanah berhujah kadar baharu itu tidak sah kerana MTN tidak meluluskannya, pengisytiharan kawasan Genting sebagai 'tanah bandar' mempunyai kecacatan, kadar baharu tidak dicatatkan pada hak milik tanah, selain pindaan kepada Peraturan Tanah Pahang dibuat secara retrospektif.Bagaimanapun, Choo dalam penghakimannya menolak kesemua empat alasan berkenaan, dengan menyatakan MTN telah meluluskan proses semakan kadar tersebut dan tidak perlu meluluskan jumlah kadar baharu yang dikenakan.Mahkamah turut memutuskan isu pewartaan berkaitan pengisytiharan tanah bandar itu hanyalah kecacatan teknikal yang kemudiannya diperbetulkan dan tidak menjejaskan kesahan proses semakan kadar.Menurut mahkamah, catatan kadar baharu cukai tanah pada hak milik tanah hanyalah langkah pentadbiran, manakala pindaan retrospektif kepada Peraturan Tanah Pahang sekadar menjelaskan hasrat asal pihak berkuasa negeri bahawa kadar baharu itu terpakai kepada tanah yang telah diberi milik.Keputusan itu menjelaskan bahawa di bawah Seksyen 10…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →