HomeWorld

Bersatu vows equal funding for all Negeri Sembilan reps

World 1 source 1 country 40m ago

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pada sidang media selepas melancarkan manifesto bagi PRN Negeri Sembilan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bersatu berjanji akan menggubal undang-undang bagi memastikan semua Adun Negeri Sembilan menerima peruntukan tahunan yang sama, tanpa mengira parti.Manifesto Bersatu sempena PRN Negeri Sembilan juga menjanjikan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh wakil masyarakat dan golongan profesional bagi memantau dan memastikan semua tawaran parti itu dilaksanakan sepenuhnya.Ia juga mahu memperkukuh institusi adat dengan menambah baik kebajikan dan pengiktirafan kepada ketua-ketua adat, termasuk menilai semula kadar elaun.Sementara itu, Bersatu mahu menubuhkan Dana Rumah Rakyat dengan peruntukan permulaan RM100 juta bagi tujuan menyediakan rumah mampu milik kepada warga Negeri Sembilan yang memerlukan, dan menubuhkan Nismilan Critical Illness Fund dengan peruntukan permulaan RM25 juta bagi menyediakan bantuan kewangan kepada warga Negeri Sembilan yang menjalani rawata penyakit kritikal.Ia juga mahu mewujudkan Nismilan EduFund dengan dana permulaan RM25 juta sebagai tabung akses pendidikan tinggi untuk anak Negeri Sembilan daripada keluarga yang memerlukan, menawarkan bantuan RM500 hingga RM1,500 kepada pelajar.Manifesto 'Tawaran Bersatu Demi Nismilan' dilancarkan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dalam satu majlis di Nilai.Ia mengandungi pelbagai janji meliputi tadbir urus, ekonomi, pelancongan, pertanian, pendidikan, belia, wanita, Felda dan kebajikan rakyat.Bersatu berkata pihaknya mahu menjadikan Kolej Yayasan Negeri Sembilan sebagai institusi TVET bertaraf antarabangsa, yang menawarkan pengajian percuma secara bersasar kepada anak Negeri Sembilan yang layak.Bersatu juga akan mendesak kerajaan persekutuan menyiapkan Projek Perumahan Felda Generasi Baharu di Negeri Sembilan yang menurutnya telah lama terbengkalai, selain mempercepatkan pembinaan hospital baharu di Bandar Enstek.Bersatu bertanding di 24 kerusi atas lambang sendiri walaupun kekal sebagai anggota Perikatan Nasional (PN). Bersatu president Muhyiddin Yassin at a press conference after unveiling the party's manifesto for the Negeri Sembilan election.

(Bernama pic)PETALING JAYA: Bersatu has pledged to introduce a law guaranteeing equal annual allocations for all Negeri Sembilan assemblymen regardless of party, as part of its manifesto for the Aug 1 state election.The manifesto also promises a special committee comprising community and professional representatives to monitor the implementation of its pledges, as well as stronger welfare support and formal recognition for adat territorial chiefs, including a review of their allowances.Among its biggest spending commitments are a RM100 million Rumah Rakyat affordable housing fund, including a rent-to-own scheme; a RM25 million critical illness fund covering cancer, heart disease, stroke and kidney disease; and a RM25 million education fund offering RM500 to RM1,500 in aid for students entering tertiary education.Other promises include a two-year rental exemption for morning market, farmers' market and night market traders; the creation of 50,000 high-income jobs over five years; RM300 annual aid for senior citizens aged 60 and above; and a 15% increase in monthly allowances for imams, bilals, siak and mosque assistants.The manifesto, with the theme "Tawaran Bersatu Demi Nismilan", was launched by Bersatu president Muhyiddin Yassin at a ceremony in Nilai today. It contains pledges on governance, the economy, tourism, agriculture, education, youth, women, Felda and public welfare.Bersatu said it plans to upgrade Kolej Yayasan Negeri Sembilan into an international-standard TVET institution with free places for eligible Negeri Sembilan residents.The party also pledged to push the federal government to complete the long-delayed Felda Generasi Baharu housing project in Negeri Sembilan and expedite the construction of a new hospital in Bandar Enstek.Bersatu is contesting 24 seats under its own logo, although it remains a member of Perikatan Nasional, while the PAS-led PN is contesting 11 seats under an electoral pact with Barisan Nasional, which is contesting the remaining 25 seats, with no overlap.Pakatan Harapan is contesting all 36 seats.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →