HomeWorld

Pemimpin Bersatu cabar Umno Selangor tarik sokongan jika ‘anak jantan’, serius dengan MN

World 1 source 1 country 18m ago

Megat Zulkarnain Omardin (centre) and Ab Halim Tamuri (third from right) with Umno and PAS leaders during the Negeri Sembilan election campaign. (Facebook pic)PETALING JAYA: Bersatu has challenged Umno to order its two assemblymen to withdraw support for the Selangor government if the party is serious about reviving Muafakat Nasional with PAS.Dr Afif Bahardin.Bersatu Supreme Council member Dr Afif Bahardin said Selangor Umno, led by Megat Zulkarnain Omardin, must clarify the party’s stance before the state assembly meeting on Aug 3.He said Sungai Air Tawar assemblyman Rizam Ismail and Dusun Tua assemblyman Johan Abdul Aziz should quit the government and join the opposition if the Umno-PAS cooperation was more than just talk.“If MN has really started in Selangor as claimed by (former Selangor Umno chairman) Noh Omar, the important step Umno needs to take is to instruct the two Barisan Nasional assemblymen to withdraw their support for the state government.“If they are truly ‘men’, announce the withdrawal of support and come sit with the opposition,” he told FMT.Afif, who is also the Taman Medan assemblyman, questioned whether Umno still intended to back the Pakatan Harapan-led state government or align itself with PAS.“The state assembly meeting will take place on Aug 3. If it truly wants to be with PAS, why does it still want to remain in the Selangor government?” he said.He was responding to Noh's claim that MN ties in the state had been revived after Megat Zulkarnain, Selangor PAS commissioner Ab Halim Tamuri and several leaders from both parties met during the Negeri Sembilan election campaign.BN and Perikatan Nasional have an electoral understanding in Negeri Sembilan, with BN contesting 25 seats and PN 11 seats with no overlap.Noh said the meeting marked the beginning of efforts to restore the Umno-PAS partnership, which he claimed had contributed to BN’s victory in the Semenyih by-election in Selangor seven years ago.PH and BN formed the Selangor government after winning 34 of the 56 state seats in the 2023 election.Rizam was subsequently appointed a state executive councillor representing Umno.

Megat Zulkarnain Omardin (tengah) dan Ab Halim Tamuri (tiga dari kanan) bersama pemimpin Umno serta PAS pada siri kempen PRN Negeri Sembilan. (Gambar Facebook Talif Rahim)PETALING JAYA: Bersatu mencabar Umno mengarahkan dua Adunnya menarik sokongan terhadap kerajaan Selangor jika parti itu benar-benar serius mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama PAS di negeri berkenaan.Dr Afif Bahardin.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin berkata Umno Selangor yang dipimpin Megat Zulkarnain Omardin perlu menyatakan pendirian dengan jelas sebelum sidang DUN pada 3 Ogos ini.Katanya, Adun Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan Adun Dusun Tua Johan Abdul Aziz perlu keluar daripada kerajaan negeri dan menyertai blok pembangkang sekiranya kerjasama Umno-PAS itu bukan sekadar retorik.“Kalau betul MN sudah bermula di Selangor seperti dikatakan Noh Omar, langkah penting yang perlu dibuat Umno ialah mengarahkan dua Adun BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.“Kalau betul ‘anak jantan’, umumkan penarikan sokongan dan datang duduk bersama pembangkang,” katanya kepada FMT.Afif yang juga Adun Taman Medan turut mempersoalkan sama ada Umno masih mahu menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor atau memilih untuk bersama PAS.“Sidang DUN akan berlangsung pada 3 Ogos. Umno masih mempunyai masa untuk membuat keputusan.

Kalau benar mahu bersama PAS, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor?” katanya.Beliau mengulas kenyataan Noh yang mendakwa hubungan MN di Selangor kembali terjalin selepas Megat Zulkarnain, Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri dan beberapa pemimpin kedua-dua parti bertemu ketika kempen PRN Negeri Sembilan.Noh, bekas ketua Umno Selangor menyifatkan pertemuan itu sebagai permulaan kepada usaha menghidupkan semula kerjasama Umno-PAS yang menurutnya pernah membawa kemenangan besar pada PRK Semenyih, tujuh tahun lalu.BN dan PN mempunyai persefahaman pada PRN Negeri Sembilan, berlangsung Sabtu ini yang menyaksikannya tidak bertembung antara satu sama lain.PH dan BN membentuk kerajaan Selangor selepas memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN pada PRN 2023.Rizam kemudian dilantik sebagai exco kerajaan negeri mewakili Umno.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →