Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata Bersatu ‘bukan main-main’ menyertai PRN Negeri Sembilan. SEREMBAN: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, membidas Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, kerana mendakwa Bersatu hanya ‘kacau daun’ pada PRN Negeri Sembilan. Muhyiddin berkata Bersatu menyertai pilihan raya untuk menang dan kesungguhan.
“Khaled ahli politik yang agak lama, matang, pernah jadi menteri dan masih jadi menteri. Cakap itu macam budak-budak,” katanya kepada pemberita selepas ceramah di DUN Sikamat malam tadi. Kita nak menang, jangan perlekeh kita,” tambahnya.
Khaled pada majlis pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) di Johol menyifatkan Bersatu hanya ‘kacau daun’ pada PRN Negeri Sembilan, dan mengggesa pengundi memastikan parti itu tidak menang walau satu kerusi pun. Ditanya mengenai calon menteri besar, Muhyiddin berkata ia akan ditentukan apabila tiba masanya. “Kita tak perlu nak umumkan apa-apa.
Kita tengok keadaan situasi macam mana. Insya-Allah kalau sokongan kuat,” katanya. Bersatu juga akan mengumumkan manifesto dalam masa terdekat, merangkumi isu ekonomi, prasarana, kesihatan awam dan pendidikan, antara lain.
Bersatu menyertai PRN Negeri Sembilan atas lambang sendiri, susulan kemelut dengan PAS dan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN. Bersatu mempertaruhkan 24 calon untuk pilihan raya kali ini, sekaligus bertembung dengan dua parti komponen PN iaitu PAS dan Parti Wawasan Negara di lapan kerusi. Rakyat Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
Summary from source