HomeWorld

Pembaharuan semata-mata tak selesai masalah struktur DAP, kata Ramasamy

World 1 source 1 country 37m ago

P Ramasamy mendakwa konsep politik berbilang kaum dalam DAP 'tidak membawa banyak makna', sebaliknya hanya digunakan sebagai strategi untuk membezakan parti itu daripada parti lain yang berasaskan satu kaum.PETALING JAYA: Bekas pemimpin veteran DAP P Ramasamy berkata parti itu mungkin sukar melakukan pembaharuan sebagai sebuah kuasa politik yang benar-benar berbilang kaum, sambil menyatakan pengaruh berterusan isu kaum dan agama dalam politik Malaysia.Bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming semalam berkata parti itu perlu sama ada melakukan pembaharuan bagi menarik sokongan lebih meluas atau kembali bergantung kepada sokongan tradisional pengundi Cina sekiranya sokongan terhadapnya terus merosot pada pilihan raya umum akan datang.Ong, bekas Ahli Parlimen Bangi, berkata fokus utama DAP sepatutnya adalah mengekalkan sokongan bukan Melayu sebanyak mungkin dan usaha terdahulu parti itu untuk menarik lebih ramai pengundi Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.Bagaimanapun, Ramasamy yang kini merupakan pengerusi Urimai berkata konsep politik berbilang kaum dalam DAP 'tidak mempunyai banyak makna' dan hanya digunakan sebagai strategi untuk membezakan parti itu daripada parti lain yang berasaskan satu kaum.Menurut Ramasamy, DAP secara sejarahnya memperoleh kekuatan daripada sokongan masyarakat Cina dengan meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada MCA dan Gerakan.“Bergantung sepenuhnya kepada asas sokongan Cina tidak mempunyai makna atau asas kukuh kerana DAP sudah pun dilihat sebagai parti Cina walaupun terdapat segelintir pemimpin Melayu dan India.“Kedua-dua kumpulan ini tidak mempunyai kuasa sebenar dalam DAP kerana mereka hanya menjadi hiasan untuk menunjukkan imej kepelbagaian parti,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut berkata usaha memperbaharui parti dan kembali memberi tumpuan kepada sokongan masyarakat Cina bukanlah dua perkara yang bercanggah.“Kedua-duanya saling berkait kerana DAP tidak boleh memperbaharui dirinya tanpa terlebih dahulu membina asas yang kukuh dalam komuniti Cina. Masalah yang dihadapi DAP sama seperti yang pernah dihadapi MCA, Gerakan dan MIC kira-kira dua dekad lalu,” katanya.Kuasa, jawatan, keistimewaanRamasamy berkata parti itu secara beransur-ansur telah 'tewas kepada kehendak kuasa, jawatan dan keistimewaan' atau '3P', berubah daripada sebuah parti pembangkang yang lantang kepada rakan kongsi kerajaan negeri dan Persekutuan yang leb… Mangsa ditipu suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas dihubungi melalui WhatsApp, kata Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor.KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor elektrik lelaki kerugian sebanyak RM152,550.00, selepas diperdaya sindiket tawaran tender tidak wujud.Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pada 14 Julai lepas, mangsa yang berusia 68 tahun telah menerima emel yang menawarkan projek pemasangan lampu solar di Kampung Tanjung Baharu, Hulu Terengganu.Beliau berkata mangsa yang berminat kemudiannya menghubungi suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), untuk mendapatkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp.“Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Nik Sharil, telah meminta maklumat syarikat mangsa kononnya untuk semakan dan pendaftaran sebelum diluluskan.“Suspek memaklumkan mangsa telah berjaya mendapat tender membekalkan tiga unit alat janakuasa yang berharga RM50,850 untuk kegunaan KPKT Putrajaya dan perlu membuat bayaran dengan segera pada 22 Julai lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.Azli berkata pada keesokan hari suspek menghubungi mangsa dan mengarahkannya membuat tambahan bayaran sebanyak RM101,700, untuk pembelian tambahan enam unit alat janakuasa.Beliau berkata suspek juga berjanji untuk memberi pulangan keuntungan projek sebanyak RM252,000 dalam tempoh enam hari, bagi meyakinkan mangsa.“Mangsa menyedari ditipu setelah mendapat penerangan daripada juru audit yang dia selalu berurusan.

Usaha menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan juga gagal.“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 2 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Azmin Ali berkata Bersatu satu-satunya parti berani bertindak secara solo sebagai pembangkang.KUALA PILAH: Azmin Ali menyifatkan Bersatu sebagai parti bermaruah serta mempunyai rekod perjuangan cemerlang, sambil menolak gesaan supaya ia dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai Umno.Bercakap kepada FMT selepas kempen PRN Negeri Sembilan di Juasseh semalam, setiausaha agung Bersatu itu berkata parti berkenaan akan terus aktif dan bertanding dalam setiap pilihan raya bagi menawarkan perubahan kepada rakyat.Beliau turut menegaskan pendirian Bersatu tidak akan berubah kerana parti itu kekal berpegang kepada prinsip dan idealisme diperjuangkan.“Bersatu parti berdaftar dan bermaruah serta mempunyai rekod cukup cemerlang.“Ini satu-satunya parti politik berani bertindak secara solo sebagai pembangkang kerana pihak lain memilih bekerjasama dengan kumpulan tertentu,” katanya mengulas kerjasama Perikatan Nasional (BN) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Negeri Sembilan.Di peringkat persekutuan pula BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim.Azmin mengulas gesaan Veteran Umno Mohd Yussof Latiff Selasa lalu susulan Bersatu dilihat semakin terpinggir daripada arus perdana politik akibat krisis dalaman parti dan kemelut dalam PN, yang turut dianggotai PAS.Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Khamis turut menolak cadangan supaya parti itu dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai Umno.Menurut bekas perdana menteri itu, Bersatu akan terus menjadi wadah perjuangan politiknya dan tiada alasan munasabah untuk membubarkan parti yang ditubuhkan hampir sedekad lalu berkenaan.Krisis PN menyaksikan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu pada JUn lalu, namun kedua-duanya kekal dalam gabungan berkenaan.Bersatu bertanding di 24 kerusi menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan, selepas mendakwa parti itu tidak dibabitkan dalam sebarang perbincangan pembahagian kerusi PN.PN pula mengadakan persefahaman dengan Barisan Nasional (BN) dengan masing-masing bertanding 11 dan 25 kerusi.Situasi menyebabkan pertembungan PN dengan Bersatu di beberapa kerusi antaranya Serting, Ampangan, Paroi, Klawang dan Sikamat.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →