HomeWorld

PN targets 6 seats in Melaka, warns 'white' voters are not a guarantee

World 1 source 1 country 2h ago

Ahli Majlis Tertinggi PN Idris Ahmad berkata politik Malaysia kini semakin tidak menentu kerana ada pengundi yang menyokong satu parti dalam PRN dan memilih parti lain pada PRU.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mungkin bertanding enam kerusi pada PRN Melaka akan datang menerusi pakatan dengan Barisan Nasional (BN), walaupun rundingan rasmi agihan kerusi belum bermula, kata Ahli Majlis Tertinggi PN, Idris Ahmad.Beliau berkata, PAS tidak akan meminta kerusi yang tidak sepadan dengan kekuatannya dan memberi amaran tiada parti patut menganggap mereka masih mempunyai pengundi "putih".Naib presiden PAS itu berkata, politik Malaysia semakin tidak menentu sekarang kerana ada pengundi yang menyokong satu parti dalam PRN dan memilih parti lain pada PRU."Ini juga berlaku di Pahang. Ada sebahagian kita menang di DUN, namun di Parlimen tewas."Pengundi hari ini bersifat dinamik. Kita tidak boleh lagi anggap kata undi putih contohnya pada Umno kerana ia belum tentu.

Begitu juga dengan PAS."Apatah lagi pengundi muda ini kita tak boleh ramalkan sokongan mereka. Mereka inilah menentukan perubahan dalam politik," katanya menurut Berita Harian.Tegasnya, PAS tidak akan membuat tuntutan kerusi tidak realistik, sebaliknya rundingan agihan kerusi akan mengambil kira data, suasana politik serta penerimaan awam."Bagi PN, mungkin sekitar lima atau enam kerusi."Kita kena tengok kekuatan sendiri. Kita tidak mahu meminta-minta kerusi, tapi tidak sepadan dengan kekuatan kita."Jangan kita sampai bergaduh hendak meminta kerusi kerana ia perlu berasaskan kepada kekuatan."Selepas kemenangan besar BN-PN dalam PRN Negeri Sembilan, Pengerusi BN, Zahid Hamidi mengumumkan kerjasama dengan PN akan diteruskan untuk PRN Melaka.Tetapi, beliau kemudian menegaskan BN akan mempertahankan 21 kerusi yang dimenanginya dalam PRN Melaka sebelum ini dan terbuka bekerjasama dengan kumpulan politik lain.Idris berkata, amalan konvensional ialah membenarkan penyandang mempertahankan kerusi mereka dalam rundingan, tetapi perkara itu masih perlu dibincangkan."Kita akan bincang dalam aspek ini kerana selalu yang mudah adalah berpegang pada prinsip, namun formula itu kita belum tahu kerana baharu hendak bincang.

Mungkin pakai formula penyandang atau formula lain. Paling penting kita jangan pecahlah." Zahid Hamidi dilihat masih membiarkan semua pihak, termasuk Presiden PAS Hadi Awang, tertanya-tanya sama ada BN akan kekal bersama PN atau memilih untuk mencari rakan kerjasama politik yang lain.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Selain Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dijangka meneroka pilihan lain untuk menjalin kerjasama politik dalam usaha meraih keuntungan lebih besar pada pilihan raya akan datang, kata seorang penganalisis.Azmi Hassan.Sudah terdapat petunjuk bahawa satu pakatan baharu mungkin terbentuk sebaik kempen PRN Melaka bermula. Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka perlu mendapatkan mandat baharu selewat-lewatnya Februari tahun depan.Bagi Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, petunjuk paling jelas mengenai perubahan keutamaan BN ialah kenyataannya yang terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan politik lain.Ini biarpun BN telah mencatat kejayaan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menerusi kerjasama dengan PN.Sejurus selepas kemenangan BN di Negeri Sembilan, Pengerusinya Zahid Hamidi, berkata kerjasama dengan PN akan diteruskan.Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, beliau menegaskan BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka sebelum ini serta terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik lain.Mengulas perkara itu, Presiden PAS Hadi Awang berkata rundingan awal antara kedua-dua pihak masih 'berjalan'.Azmi berkata perubahan pendirian BN itu mungkin berpunca daripada persaingan tuntutan dalam pembahagian kerusi.Walaupun pengaruh PAS terhad di Melaka, Azmi menjangkakan parti itu tetap akan menuntut lebih tujuh kerusi berdasarkan rekodnya sebelum ini yang bertanding di lapan kerusi pada PRN 2021.PN bertanding di kesemua 28 kerusi pada 2021 tetapi hanya memenangi dua, kedua-duanya menerusi Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi baki lima kerusi. Ketika itu, Bersatu dan PAS masih bekerjasama di bawah PN sebelum hubungan kedua-duanya retak.Namun, PN berkemungkinan bergantung kepada hakikat bahawa gabungan itu memenangi tiga daripada enam kerusi Parlimen Melaka pada PRU lalu, manakala BN gagal memenangi sebarang kerusi.

Terdapat 14 kerusi DUN dalam tiga kawasan Parlimen berkenaan.Azmi berkata bagi BN, kerjasama dengan PH di Melaka kini mungkin lebih mudah diterima.“Dengan sokongan BN, PH mungkin boleh memenangi lebih daripada lima kerusi yang dimilikinya sekarang,” katanya kepada FMT.BN secara…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →