HomeWorld

BN-PN to final discussions on NS government formation

World 1 source 1 country 33m ago

Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan pada PRN Negeri Sembilan.SEREMBAN: Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan Negeri Sembilan.Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengumumkan kerjasama BN-PN memenangi PRN dengan menawan 2/3 kerusi DUN."Tugas kami bermula malam ini. Setiap akur janji dalam manifesto mesti dilunaskan," katanya pada sidang media bersama pemimpin BN-PN.Zahid mengucapkan penghargaan kepada jentera BN-PN, yang berganding pada PRN kali ini untuk berdepan Pakatan Harapan, yang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018.Katanya, berdasarkan kiraan tidak rasmi, BN menang di 18 kerusi manakala PN menang tujuh kerusi.Parti politik memerlukan 19 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di DUN, dan 24 untuk meraih majoriti 2/3. Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai calon menteri besar, Zahid menjawab meminta pemberita tunggu sehingga pemimpin BN-PN menghadapi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, kata BN-PN peroleh bilangan kerusi secukupnya untuk tubuh kerajaan di Negeri Sembilan.PETALING JAYA: Barisan Nasional-Perikatan Nasional sudah memperoleh bilangan kerusi secukupnya untuk menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan, kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.Bahkan, BN-PN memperoleh majoriti 2/3 kerusi di DUN, katanya di ibu pejabat Umno Negeri Sembilan, menurut kiraan undi tidak rasmi.Terdahulu, Asyraf mengumumkan BN peroleh 18 kerusi manakala PN meraih lima kerusi.Parti politik memerlukan 19 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di DUN, dan 24 untuk meraih majoriti 2/3.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →