HomeWorld

Hamzah cadang nama PBN untuk mudah sebut, bukan gabungan rasmi, kata Saifuddin

World 1 source 1 country 26m ago

BN menolak dan tidak berkompromi sebarang kenyataan menghidupkan sentimen perkauman dan persoal kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian warga Malaysia.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berkata tidak akan berkompromi sebarang bentuk politik perkauman atau politik ketakutan, sambil menegaskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan tidak mengubah prinsip diperjuangkan.Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir, berkata persefahaman wujud pada PRN Negeri Sembilan tidak bermaksud BN menerima naratif politik mana-mana pihak atau menggadaikan prinsip dipegang sejak sekian lama.“BN menolak dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.“Selepas hampir tujuh dekad merdeka, politik memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum tidak mempunyai tempat dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu,” katanya dalam kenyataan.Sebelum ini Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja.”Semalam, Sanusi berkata kenyataannya diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN bersaing di baki 11 kawasan.

Saifuddin Abdullah berkata Presiden Wawasan Hamzah Zainudin tidak mempunyai niat lain menerusi cadangan nama itu selain mahu parti berperanan sebagai jambatan demi memperkukuh kerjasama antara BN-PN.PETALING JAYA: Cadangan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin supaya kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menggunakan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) hanyalah bagi memudahkan sebutan, bukan mencadangkan penubuhan gabungan baharu.Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah, berkata, Hamzah mengemukakan cadangan itu secara spontan ketika berkempen bagi membantu calon BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan, memandangkan ada yang keliru dan menyebut 'PN-BN' atau 'BN-PN'.“Beliau tidak pernah mengatakan ia merupakan nama rasmi. Cadangan itu sekadar untuk memudahkan sebutan, lalu beliau menyebut 'PBN'."Mengapa PBN? Menurut beliau, memandangkan BN merupakan gabungan yang lebih lama, elok nama penuh BN dikekalkan, manakala PN diwakili secara ringkas,” katanya dalam kenyataan.Bagaimanapun Saifuddin turut memaklumkan, Hamzah tiada masalah jika nama tersebut tidak digunakan dan digantikan dengan nama lain.“Kalau kita nak adakan nama yang rasmi (selepas ini), masa itu kita bincanglah secara rasmi,” katanya.Pada 22 Julai lalu Hamzah mencadangkan supaya kerjasama PN dan BN dinamakan PBN bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan.Hamzah dilaporkan berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.BN dan PN, tanpa penyertaan Bersatu, membentuk persefahaman untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.Menerusi persefahaman itu, kedua-dua gabungan tidak bertembung di semua 36 kerusi DUN.BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN, termasuk PAS, Wawasan, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), meletakkan calon di 11 kerusi.Kerjasama itu berdepan Pakatan Harapan (PH), yang bertanding di semua kerusi, selain Bersatu yang meletakkan calon di 24 kawasan.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata Hamzah tidak mempunyai niat lain selain mahu Wawasan memainkan peranan sebagai jambatan dalam memperkukuh kerjasama antara BN dan PN.“Hamzah tidak mempunyai niat lain.

Beliau hanya mahu Wawasan memainkan peranan sebagai jambatan dalam memperkukuh kerjasama antara BN dan PN, demi membentuk gelombang biru untuk memenangi PRN Negeri Sembilan dan seter…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →