HomeWorld

Disband Bersatu? Analysts have different opinions.

World 1 source 1 country 29m ago

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali menolak gesaan parti itu dibubarkan dengan menegaskannya parti bermaruah serta mempunyai rekod perjuangan cemerlang.PETALING JAYA: Penganalisis berbeza pandangan kewajaran Bersatu dibubarkan dengan seorang melihat parti itu masih boleh diselamatkan menerusi 'pembedahan politik', manakala seorang lagi menganggap usaha tersebut sudah terlambat dan Bersatu wajar 'dikuburkan'.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata, Bersatu tidak perlu dibubarkan tetapi wajib merancang peralihan kepimpinan secara terbuka dan memperkukuh jentera akar umbi supaya tidak terus dipinggirkan pengundi serta dibayangi Umno dan PAS.Katanya, retorik maruah bukan ukuran kelangsungan sesebuah parti, sebaliknya keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.Beliau merujuk kekalahan teruk semua calon Bersatu dalam PRN Johor sebagai isyarat jelas kelemahan organisasi dan jentera akar umbi yang tidak boleh bergantung selamanya kepada populariti tokoh."Setelah hampir sedekad, wajah utama Bersatu masih didominasi kelompok pengasas. Parti yang terlalu bergantung kepada seorang pemimpin akhirnya akan merosot apabila karisma pemimpin itu berkurangan," katanya kepada FMT.Zaharuddin turut membandingkan nasib Semangat 46 yang gagal bertahan kerana bergantung pada personaliti, berbanding PKR dan PAS yang kekal relevan hasil pengukuhan struktur organisasi dan kaderisasi.Justeru, beliau mendesak Bersatu memberikan ruang kepada tokoh muda dalam era pasca Undi18 dan memperjelas identiti parti agar tidak sekadar menjadi 'parti pelengkap'.Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, menolak gesaan parti itu dibubarkan dengan menegaskannya parti bermaruah serta mempunyai rekod perjuangan cemerlang.Azmin mengulas gesaan Veteran Umno Mohd Yussof Latiff Selasa lalu susulan Bersatu dilihat semakin terpinggir daripada arus perdana politik akibat krisis dalaman parti dan kemelut dalam Perikatan Nasional, yang turut dianggotai PAS.Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pada Khamis turut menolak cadangan parti itu dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai Umno.Tawfik Yaakub.Sementara itu, Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya pula berpandangan usaha menyelamatkan Bersatu sudah tidak lagi relevan berikutan penghijrahan besar-besaran ahli dan pemimpin kanan ke Parti Wawasan Negara (Wawasan), sekali gus menyaksika…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →