HomeWorld

Not only Sabah, Sarawak, the East Coast also needs to increase its parliamentary seats, says Fadhli

World 1 source 1 country 30m ago

Ketua Penerangan PN Annuar Musa, berkata 126 kerusi berkenaan tidak merangkumi kawasan Parlimen Sarawak. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Jentera pilihan raya PAS dan Perikatan Nasional (PN) memfokuskan persiapan mereka ke atas 126 kerusi Parlimen yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi menjelang PRU16.Ketua Penerangan PN Annuar Musa, berkata 126 kerusi berkenaan tidak merangkumi kawasan Parlimen Sarawak."Meskipun tidak semestinya PAS bertanding di semua 126, namun menjadi prinsip dan amalan PAS untuk membantu rakan sealiran yang bertanding kelak," katanya dalam catatan di Facebook.Annuar berkata, keputusan kerusi yang bakal ditandingi PAS akan diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti.Pada PRU15, PN menang 74 Parlimen dengan PAS menguasai 43 daripada jumlah kerusi tersebut.Pada September tahun lalu, Naib Presiden PAS Amar Abdullah dilaporkan berkata, parti itu sasar menang 80 Parlimen pada PRU16 sebagai sebahagian daripada usahanya untuk kembali ke Putrajaya.Beliau berkata, PAS telah menetapkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi sebelum PRU15, dan akhirnya berjaya meraih 43 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.Penggal kerajaan Persekutuan semasa akan berakhir pada Disember 2027, di mana PRU mesti dipanggil dalam tempoh 60 hari susudah itu. Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata negeri Pantai Timur tidak menikmati pertambahan kerusi sebagaimana Pantai Barat ketika ketika pertambahan kerusi untuk PRU 2004.PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu setuju bagi meminda Perlembagaan untuk membuka ruang penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sekiranya ia dibuat secara adil untuk semua.Fadhli berkata PAS akui pertambahan kerusi parlimen ini perlu bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di semenanjung terutama sekali di negeri-negeri Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang."Lebih kritikal lagi ialah di negeri Pantai Timur atau ‘Malay belt area’ yang mana ketika pertambahan kerusi untuk PRU 2004, negeri-negeri ini tidak menikmati pertambahan kerusi sebagaimana Pantai Barat."PAS tiada masalah untuk setuju jika pertambahan kerusi ini adil untuk semua dan melalui perbincangan yang sepatutnya," katanya dalam kenyataan di Facebook.Ketika ini Kelantan dan Pahang masing-masing mempunyai 14 kerusi parlimen, manakala Terengganu, 8.Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Perlembagaan akan dipinda bagi membuka ruang penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sejajar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Katanya, berkata penambahan itu perlu memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak menjadi lebih tinggi, berbanding ketika ini.Ketika ini, Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, manakala Sarawak, 31.Bagaimanapun, Fadhli berkata pertambahan kerusi itu adalah janji yang manis tetapi tidak praktikal untuk masa sekarang kerana PRU16 akan berlaku dalam tempoh setahun sahaja lagi."Tambahan kerusi itu satu perkara yang bagus dan praktikal, tetapi ia memerlukan pindaan perlembagaan dengan 2/3 suara majoriti di Parlimen."Tanpa rundingan untuk pertambahan juga di banyak lokasi di Semenanjung, adakah anda fikir ia akan lulus dengan mudah?

Ia bukan bukan kerja sebulan dua," katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →