HomeWorld

Fadhli attacks PH to divert attention from Hadi's allegations, claims DAP leader

World 1 source 1 country 44m ago

Chong Zhemin tepis dakwaan Ahmad Fadhli Shaari yang PH melatah dalam isu dakwaan wujud campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari didakwa cuba mengalih perhatian daripada isu sebenar apabila mempersoalkan laporan polis oleh pemimpin akar umbi Pakatan Harapan (PH) terhadap Presiden Hadi Awang.Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin berkata dakwaan Hadi yang Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 boleh dianggap perkara melibatkan kedaulatan serta keselamatan negara."Setiap rakyat Malaysia mempunyai kepentingan untuk mengetahui sama ada dakwaan ini benar," kata wakil rakyat DAP itu dalam kenyataan.Terdahulu, Fadhli mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi PH yang membuat laporan polis berhubung dakwaan Hadi kononnya AS pernah menawarkan bantuan menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata isu berkenaan pada asasnya melibatkan dua pihak utama iaitu Hadi dan Kedutaan AS di Malaysia yang telah pun menafikan dakwaan itu.Semalam, tiga laporan polis dibuat dibuat Naib Ketua PKR Bandar Tun Razak V Jonathan, Ketua Wanita PKR Bandar Tun Razak Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Bandar Tun Razak, Amarul Hisham Jalil, di Balai Polis Cheras.Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72, Sabtu lalu mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan ketika lawatan bekas presiden AS, Barack Obama, ke Malaysia pada 2014.Menurut Hadi, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.Bagaimanapun, perkara itu kemudian dinafikan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dengan menegaskan negara itu tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.Mengulas lanjut, Chong berkata daripada menyerang PH, Fadhli sepatutnya bertanya mengapa kenyataan Hadi sendiri tidak disokong sepenuhnya oleh Takiyuddin .Menurutnya, Hadi mendakwa AS menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi Takiyuddin hanya mengesahkan seorang wakil kedutaan bertanya sama ada PAS mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan terbabit."Beliau tidak mengesahkan bahawa Amerika Syarikat menawarkan wang, sumber, sokongan politik atau apa-apa bentuk bantuan lain. Pertanyaan bukan tawaran," katanya.Beliau berkata F… Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72, Sabtu lalu mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan ketika lawatan bekas presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014.

PETALING JAYA: Bukit Aman telah menghubungi Presiden PAS Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014. Setiausaha politik Hadi Syahir Che Sulaiman mengesahkan polis sudah menghubungi pihaknya berhubung perkara itu. "Tuan Guru (Hadi) telah dimaklumkan dan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Tarikh dan masa akan ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bachok itu dalam kenyataan yang dipercayai merujuk proses merakam keterangan Hadi. Ahad lalu, tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan Hadi itu oleh tiga pemimpin PKR Bandar Tun Razak di Balai Polis Cheras. Mereka ialah Naib Ketua PKR Bandar Tun Razak V Jonathan, Ketua Wanitanya Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Pemuda Amarul Hisham Jalil.

Ketua Polis Daerah Cheras Mohd Rosdi Daud dilaporkan mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata ia akan dirujuk kepada polis Wangsa Maju. Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72, Sabtu lalu mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan ketika lawatan bekas presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014. Menurut Hadi, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun, perkara itu kemudian dinafikan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dengan menegaskan negara itu tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →